Ombak Lebih Besar Bakal Tiba

Hari ini adalah hari ke 26 sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di Malaysia.4530 kes sehingga semalam di Malaysia dan 1,781,383 kes di seluruh dunia.

Bantuan berbondong-bondong dah dihantar kepada kepada barisan hadapan , rakyat yang kekurangan bekalan makanan asas , waima Bantuan Prihatin Nasional pun telah ada yang dimasukkan terus ke akaun bank.Pakej rangsangan ekonomi Malaysia bernilai USD64.6 billion. Naratifnya supaya tiada sesiapa yang tertinggal dibelakang.

https://www.theedgemarkets.com/…/how-malaysias-stimulus-pac…

Bantuan ini akan berterusan disalurkan berperingkat daripada Kerajaan PN , Negeri Pembangkang mahupun NGO.Rakyat malaysia terus prihatin menjaga sesama kita.Kita jaga keluarga , saudara mara dan jiran-jiran.Selagi kita jaga kita semuanya akan baik-baik sahaja.

Ironinya pakej rangsangan ekonomi ini mampukah untuk kita berdepan dengan krisis yang lebih besar akan datang selepas covid19 iaitu kemelesetan ekonomi dunia?

Akan sampai masanya nanti bila kadar kematian , kes baru positif dan discaj harian mencapai angka SIFAR !!
Manusia berjaya! Tapi bila? saya tak tau.

Selepas pendemik kolera , cacar air , wabak hitam , selesema sepanyol , selesema burung , ya selalunya memang manusia yang menang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *