RM100.7 juta Program Digitalisasi Selangor.

Perintah kawalan pergerakan memasuki fasa kedua yang akan diperketatkan.Ini adalah untuk mengekang penyebaran pendemik covid19 dengan lebih agresif selepas keputusan positif kes baru jangkitan yang terkawal pada fasa pertama.

JP Morgan meramalkan puncak kes tertinggi adalah pada pertengahan April.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/03/25/jp-morgan-covid-19–likely-to-peak-next-month-in-malaysia

Semua pihak perlu bersedia.Ekonomi semakin terkesan selepas semua perniagaan terjejas ditutup dan tidak dapat beroperasi.Ditambah pula banyak negeri telah membatalkan bazar ramadhan pada tahun ini sebagai penanda kepada gangguan perniagaan yang berpanjangan untuk beberapa bulan yang akan datang.

Rakyat terkesan dan rancangan kontigensi drastik yang terkehadapan perlu.Selepas pendemik coronovirus berjaya dikawal sepenuhnya oleh dunia,kita menghadapi krisis yang lebih menggerunkan , iaitu kemelesetan ekonomi dunia.

Gangguan perniagaan secara konvensional ini dapat diatasi dengan mendigitalkan perniagaan.Justeru selangor adalah negeri pertama yang telah memperuntukkan RM100.7 juta dengan matlamat program digitalisasi perniagaan selangor.

Selangor sedia RM100.7 juta untuk industri digitalisasi

Mungkin inisiatif ini wajib diperluaskan oleh semua negeri dan kerajaan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *