Apa Beza Saham Dengan Forex?

Apa Itu Saham?

Saham ialah pemilikan dalam sesebuah syarikat. Jadi apabila kita membeli saham, maksudnya kita membeli pemilikan (ekuiti) dalam sesebuah syarikat, dan sebagai pelabur kecil kita juga adalah pemilik syarikat cuma tidak mempunyai kuasa penuh untuk menguruskannya.

Contoh saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah Nestle, F&N, Ajinomoto, Syarikat Takaful Malaysia, Padini, Poh Kong, DRB-Hicom, Top Glove dan banyak lagi.

Sebelum terlibat nak melabur saham, Kita perlu faham apa yang syarikat itu buat, kedudukan kewangan syarikat berkenaan dan juga menilai potensi masa depannya.

Dengan erti kata lain, kita perlu melakukan Fundamental Analysis terhadap syarikat tersebut. Lebih banyak maklumat tentang fundamental analysis boleh cari guru untuk rujukan.Kena ambil tahu Formula 3M, Analisa Prestasi Kewangan Syarikat dan Magic Number.

Pemegang ekuiti perlu ada akaun saham (CDS) dan akaun trading dengan mana-mana syarikat sekuriti atau broker saham untuk mula terlibat dalam pelaburan saham.

Apa Itu Forex Trading?

Nama penuhnya, Foreign Currency Exchange (Forex) atau pertukaran mata wang. Contoh urus niaga, US Dollar (AS$) ditukar dengan Ringgit Malaysia (RM), RM ditukar dengan Rupiah, Rupiah ditukar dengan Yen dan seterusnya.

Urus niaga pertukaran duit ini berlaku dalam dua bentuk iaitu tunai dan hutang.

Forex yang bersifat tunai berlaku semasa pelabur ingin bercuti ke luar negara, mereka ke pengurup mata wang dan menukar RM dengan mata wang negara yang kita mahu pergi contohnya RM dengan AS$ apabila kita hendak ke Amerika Syarikat, RM dengan Riyal kalau ke Arab Saudi atau RM dengan Thai Baht kalau nak ke Thailand.

Yang popular di kalangan orang kita adalah Forex trading Online.

Persamaan Saham & Forex

Kedua-duanya memerlukan anda bijak menganalisa carta. Anda boleh tengok pergerakan harga dalam bentuk candlestick, trendline, indicator dan lain-lain.

Share post ni dengan member-member tau. Just klik button SHARE jer!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *