Hantu atau Peniaga Durian Wajib Tau Ilmu Durian

Musim durian luruh dah tiba maka berduyun-duyunlah orang serata Malaysia nak makan durian.Durian yang terkenal macam durian balik pulau , durian batu kurau , durian taiping , durian lipis dan macam-macam lagi.

Dalam ramai-ramai hantu durian mesti tau kenapa durian balik pulau antara yang terbaik. Sebabnya durian balik pulau ni terletak di pulau, iklim dia lain sikit, bercampur dengan bayu laut dan darat serta kondisi tanah dia yang unik. Sebab tu buah Balik Pulau jadi kegemaran orang-orang “utara” terutamanya bagi orang Penang. Kalau orang yang tak berkira duit ringgit ni, takde hal la nak beli durian kampung ni. Itu belum lagi spesis durian kahwin macam Udang Bakar, Lipan Bara, Ang He, Ho Lor, 101, 24 dan macam-macam lagi sebutan.Hantu durian confirm tau nama-nama ni.

Buah durian Batu Kurau tak kurang hebatnya.Ada persepsi , betul ke durian ni patutnya jual selonggok RM20 jer…Hentikanlaa……Tolong jangan percaya. Kalau dulu tahun lepas-lepas , memang buah-buah ni dijual menggunakan sukatan rangkap. Satu rangkap RM5 , contoh satu rangkap ialah selonggok 4-6 bijik tapi sekarang orang kampung pun dah pandai.Jual pakai kilo je. Tolong selidik dulu. Yang menimbun-nimbun ni peraih-peraih siap sedia untuk pemborong yang datang dengan lori bertan-tan.

Lain-lain tempat durian lipis , batu pahat dan pagoh korang boleh cuba dulu.Semua pun sedap kalau dah nama durian ikut citarasa dan tekak masing-masing.Nak sedap jangan berkira sangat soal duit.Durian kampung memang takkan sama dengan rasa durian kawin macam Musang King.Harga pun berbeza kan.

Buah durian ni mengalami tiga musim, permulaan, pertengahan dan penghujung. Sekarang ni tengah mengalami buah permulaan.Kalau buah permulaan, harga agak keras sikit, sebab tak banyak buah yang gugur, tapi ramai orang teringin buah durian. Maka , harganya boleh tahan.

Bila dah pertengahan, masa ni la buah jatuh harga, boleh la korang serbu dan makan sampai panas. Tapi bila dah start buah penghujung, buah akan jadi mahal balik sebab dah tak banyak buah yang boleh dibekalkan.

Istimewanya durian balik pulau ni, kebanyakannya buah yang berlubang, mesti pembeli taknak beli sebab dalamnya berulat dan buruk.Sebenarnya buah balik pulau ni, kalau luar berlubang tak semestinya dalaman dia rosak. Habis kuat pun satu pangsa je yang ada ulat. Tak macam durian yg ada di tanah besar semenanjung. Kalau berlubang, kemungkinan besar dalaman dia rosak banyak. Itu semua atas pengalaman dari orang lama, sebab benda dalam ni kita tak tahu. Tak paksa korang percaya.

Ok Jom mula tips untuk pembeli & penjual durian.

1. Pastikan durian tersebut tak merekah.

Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yg dah merekah ni dikhuatiri telah lama, mungkin dah sehari lebih. 

2. Jangan beli durian tangkai yang kecut.

Sebab tangkai yang kecut ni selalunya buah yang lama, mungkin 2 hari.

3. Bau dulu di Buntut durian tu.

Kalau bau sedap , lemak dan elok ambik je. Kalau bau tak berapa ada, boleh pilih yang lain dulu.

4. Goncang durian dulu sebelum beli.

Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tak ‘mengkal’ (keras), kita akan dengar bunyi bergoncang.

5. Suruh tokey durian tebuk dulu durian.

Ini untuk memastikan durian tu betul-betul dah masak dan tak keras.

6. Pastikan duri durian tu keras.

Rasa duri tu, tekan dengan jari. Jangan tercucuk jari pulak , Kalau buah tu lama, duri tu akan lembut. Kalau baru lagi, keras lagi.

7. Tanya dulu buah tu dari mana.

Tanya tokey durian tu, betul ke durian tu durian setempat. Manelah tau durian siam. Sesetengah orang tak suka durian siam. Tapi kalau dah rasa ok, sebat je la. Kalau saya, Batu Kurau dan Balik Pulau yang terbaik.

8. Tanya tokey kalau buah tak masak boleh tukar tak?

Kalau tokey yang jujur, nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian tu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan.

9. “Saya nak buah isi kuning.”

Kalau korang nak buah yang isi kuning, bagi tau je tokey tu. Kalau dia berpengalaman, senang je dia pilih. Kalau dia kata tak tau.Nasib lah.Sebab isi didalam sape yang tau kan.Korang suruh dia potong sikit tangkai buah tu. Ada nampak urat-urat kat tengah-tengah tangkai tu, kalau kaler kuning sikit, Insha’Allah dalam tu kuning. Kalau tak, mungkin putih.Tapi “rasa”nya sama jer kalau dari jenis Durian kampung.Kalau durian kawin yang tu bab lain.

10. Jangan takut nak ambik buah yang ada getah kat bawah buah.

Sebenarnya, tokey durian letak getah sebab nak mengelakkan durian tu merekah.

11. Pilih buah yang bentuk macam jantung.

Selalunya buah yang bentuk jantung ni, isi dia memang elok. Susah la nak jumpa yang tak cantik.

12. Pilih buah yang berduri halus tajam atau duri besar tumpul.

Selalunya jenis ni tak pernah mengecewakan.

13. Pilih buah yang bertangkai panjang.

Pilih jenis ni, selalunya buah tangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita.

Dah ada ilmu durian ni , semoga bermanfaat untuk kita sebagai pembeli dan juga penjual.Selamat makan durian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *