Geran Khas Prihatin 2.0

Dengan tempoh moratorium telah berakhir maka bebanan kewangan mula terasa dikalangan semua rakyat Malaysia.Ekonomi pemulihan pasca covid19 memerlukan masa yang panjang untuk pulih.Justeru kerajaan telah membuka semula permohonan geran khas prihatin 2.0 khas untuk PKS.

Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan.

Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 dan pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020

Menurut sumber, mereka yang ingin memohon GKP 2.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
Berdaftar dengan agensi-agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020
– Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
– Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
– Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *