Terdapat banyak spesies ikan tilapia di Malaysia yang wujud, bahkan diseluruh dunia. Namun yang paling popular ada lima jenis yang dikenali. Korang hanya tahu namanya tilapia kan. Tapi tahukah korang nama sebenar ikan tilapia ini?
Aku selitkan di ruangan ini 5 spesies ikan tilapia di Malaysia yang dikenali. Spesies ikan tilapia ini juga biasa diternak. Nama ikan tilapia ini aku selitkan nama saintifik, singkatan dan ciri-cirinya.
1)Genetic Improvement of Farmed Tilapia
Atau singkatannya GIFT. Ikan ini hasil percampuran baka Tilapia dari 7 buah negara: Kenya, Senegal, Ghana, Singapura, Thailand, Mesir dan Taiwan. Dan kini terdapat di negara kita dan popular. Korang pernah makan ke tak ikan tilapia ni atau pun bedal sahaja?
Tilapia GIFT ini mempunyai ciri-ciri seperti, tahan lasak terhadap apa-apa penyakit dan hidup tahan lebih lama. Tempoh pembiakannya produktif sehingga 1.5 ke 2 tahun.
Tempoh ikan tilapia ini bertelur dalam masa tiga hingga enam minggu. Ini paling cepat di antara yang lain membiak. Seekor ikan tilapia GIFT yang beratnya 600gram boleh menghasilkan 2000 hingga 3000 telur anak ikan tilapia.
Pembesarannya cepat, dalam masa 5 hingga 6 bulan sahaja sudah mencecah berat sebanyak 600g. Itulah kelebihan spesies ikan tilapia GIFT.
Ciri-ciri fizikal tilapia GIFT:
Ekor badannya yang sangat bulat dan berisi jika dilihat dari pandangan sisi. Kemudian, sirip renangnya dari sisi badan ikan itu kelihatan berwarna kelabu dan hujung ekor ikan tilapia GIFT ini berwarna merah sedikit pudar.Jika dibandingkan dengan baka yang lain, ia ada garisan lurus di tengah badannya. Itu perbezaan spesies ikan tilapia GIFT dgn yg lain.
2)Tilapia BEST
Juga dikenali sebagai Ikan Tilapia Bogor Enhanced Strain of Tilapia. Ikan ini hasil percampuran dari baka Tilapia daripada 4 jenis Tilapia: Tilapia tempatan Bogor Indonesia, Tilapia tasik Indonesia, Tilapia GIFT generasi ketiga, dan BEST generasi keempat. Banyaknya percampuran ye.
Ciri-ciri fizikal tilapia BEST ini pula ialah, peratusan hidup ikan tilapia BEST ini hanya 90% peratusan anak-anak ikan ini untuk hidup sehingga dewasa dan ketahanan ikan tersebut terhadap penyakit amat kurang jika dibandingkan dengan ikan tilapia tempatan yang hidup dengan 140% banyaknya.
Sekali pengawanan ikan tilapia BEST ini pada berat 600gram ialah 6000 hingga 15000 butir telur ikan tilapia. Walaupun ketahanan jangka hayatnya kurang, namun hasil butir telur ikan jenis BEST ini lebih banyak dan cepat membuahkan hasil.
Ikan tilapia ini mencapai berat 600gram pada umur 4 hingga 5 bulan. Ikan tilapia jenis ini cepat membesar dan membiak.
Ciri-ciri fizikal Tilapia BEST
Ciri badan spesies ikan tilapia di Malaysia jenis BEST ini agak panjang dan tegap jika dilihat daripada sisi tepi. Dan sirip renangnya disisi badan berwarna kelabu dan sedikit kehitaman. Hujung ekornya pula sedikit berwarna coklat atau kelabu pudar.
Spesies ikan tilapia di Malaysia dari jenis BEST ini juga mudah dikenali dengan garisan menegak pada badan yang kurang ketara. Nampak ketara dan warnanya yang tua.Kalau korang tarik siripnya ke atas, yang dibelakangnya tidak turut sama menegang. Menarik bukan. Ia juga mempunyai warna kelabu kehijauan di kelilingan badannya.
3)Ikan DiRaja Thailand
Seterusnya adalah Ikan Talipia Chitralada. Ikan diraja Thailand ini ialah daripada keturunan Talipia yang dihadiahkan oleh Raja Jepun kepada Raja Bhumibol Thailand pada tahun 1965. Ikan diraja ini dipelihara dan dijaga didalam perkarangan istana Chitralada, oleh kerana itu nama Tilapia Chitralada tercipta dan sehingga kini menjadi terkenal dan popular.
Ikan tilapia diraja spesies ini mempunyai hujung ekor bewarna merah dan kemerahan. Ikan ini tidak dikacuk atau dicipta benihnya. Ia asal dari tilapia yang asli dari sungai negara Jepun.
Ciri-ciri Ikan DiRaja Thailand
Ciri-ciri ikan Talipia Chitralada pula ialah, ia boleh tahan lasak dalam kepadatan suatu kolam. Meskipun kolam padat dan penuh, hayat ikan diraja ini bertahan lama walaupun padat di dalam kolam namun ia tidak digalakkan didalam prosedur menternak spesies ikan tilapia di Malaysia.
Ini kerana, walaupun hayat ia tahan lama dan tahan lasak, ia akan tetap mati kerana kepadatan kolam melebihi ruang. Ia boleh membesar kepada saiz 250gram dalam masa tiga hingga empat bulan tetapi pembesarannya akan memperlahan dan mulai bantut mencapai 500gram pada usia enam bulan atau lebih enam bulan.
Peratusan untuk hidup benih ikan diraja jenis ini lebih tinggi daripada peratusan ikan tilapia lain. Ikan diraja ini kurang mendapat sambutan kerana isinya kurang manis dan kering.
4)Tilapia National Inland Fisheries Insitut
Ikan Tilapia NIFI ini dihasilkan oleh Jabatan Perikanan Thailand. Tilapia NIFI juga dikenali sebagai Tilapia Merah Thailand.
Ciri-ciri pembiakan Tilapia NIFI;
Peratus nisbah tilapia perbiakan dan benih telur tilapia NIFI lebih cenderung kepada jantina jantan. Keturunan kecenderungan benih jantan melebihi pembiakan yang lebih tinggi dari tilapia lain. Disebabkan warna merahnya menarik, ia mudah dijual dan senang menarik perhatian.
Ciri-ciri fizikal Tilapia NIFI
Pandangan dari sisi tepi, spesies ikan tilapia di Malaysia daripada baka NIFI ini akan nampak panjang dan tegap. Sirip renangnya pada pandangan sisi di badan berwarna merah jingga. Dihujung ekor berwarna merah menyala. Ada juga yang mempunyai sedikit tompokan hitam pada bahagian kepala dan badan.
Tilapia NIFI ini berwarna merah pudar apabila sudah mencapai tahap matang atau tua. Sirip renang yang lebih panjang dari tilapia lain.
5) Tilapia Merah Taiwan
Spesies ikan tilapia di Malaysia dari baka merah taiwan ini tidak dikacuk, ia memang asal lahir dari keturunan atau benih yang asal. Ia dari taiwan dan dieksport ke seluruh negara asia.
Ciri-ciri pembiakan Tilapia Merah Taiwan;
Dalam masa 6bulan, ikan merah taiwan ini boleh membesar sehingga 700gram. Dalam masa 5 hingga 6 minggu ia bertelur anggaran 2000 hingga 4000 butir benih telur ikan tilapia merah taiwan. Ia menetas dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.
Ciri-ciri fizikal tilapia Merah Taiwan
Badannya agak panjang dan sedikit leper kehadapan. Sirip disisi badannya berwarna merah jingga keorenan. Dihujung ekornya berwarna merah jingga. Ikan tilapia jenis merah taiwan ini tidak mempunyai tompokan hitam pada bahagian kepala dan badan. Itulah kelainan dan perkara yang membezakan tilapia merah taiwan dengan spesies ikan tilapia di Malaysia yang lain.
Tetapi ada juga ikan tilapia merah taiwan yang mempunyai tompokan berwarna putih, hanya yang pakar sahaja atau yang mata tajam dapat membezakannya. Tilapia Merah Taiwan ini berwarna merah cerah diselang-selikan dengan warna jingga dan kuning. Itu keunikan tilapia jenis ini.
Demikianlah perkongsian mengenai 5 spesies ikan tilapia di Malaysia. Spesies-spesies ini diminati oleh peminat ikan tilapia dan ia ada tarikan tersendiri dan juga rasa yang berbeza.
Setiap spesies ikan tilapia di Malaysia ini mempunyai keistimewaan masing-masing. Antara 5 spesies ikan tilapia ini, semuanya mempunyai permintaan yang tinggi di negara asal masing-masing dan mendapat sambutan yang baik.
Bacaan Lanjut
Masih tak cukup? Mahu baca lebih banyak mengenai ikan tilapia? Korang boleh baca lebih lanjut di bawah..
Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..
Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..
Permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong, dan juga peniaga restoran. Ini peluang baik kpd bakal penternak..