Bisnes Air Balang Modal Kecil Untung Besar!

Adakah korang masih tertanya-tanya apakah jenis bisnes yg modal kecil, untung besar? Jangan kata korang, tapi inilah juga yg dicari-cari setiap PPBNU (peniaga-peniaga baru nak up). Korang sebagai bakal peniaga, tentunya mengidamkan bisnes modal kecil tapi boleh untung besar dalam masa pendek. Persoalannya – wujudkah bisnes sebegitu? Jawapannya – wujud. Salah satu daripadanya ialah bisnes air balang, modal kecil untung besar.

Bisnes Air Balang Modal Kecil Untung Besar

Senarionya begini:

Ramai antara peniaga baru ini hanya berani mengeluarkan modal kecil. Ini kerana, tidak ingin terperosok dalam kancah kerugian yg menyayat hati. Sekiranya bisnes yang diusahakan itu tidak menjadi. Bak kata orang, tidaklah sampai membunuh diri. sekurang-kurangnya modal yang dikeluarkan adalah sedikit, jadi tidak mengapa jika rugi.

Cuba Buat Bisnes Air Balang, Modal Kecil Untung Besar

Jika korang benar-benar mahu menjalankan bisnes modal kecil untung besar. Sebenarnya memang ada.

Korang amat sarankan bermula dengan bisnes air balang!

Kebanyakan orang fikir peniaga yang jual air balang tepi jalan itu hanya biasa-biasa. Mereka tidak tahu, bro tu buat RM7k – RM8k sebulan! Ko hengat cikai..

Tahukah korang, dengan hanya bermodalkan RM12 untuk membancuh air, penjual air balang ini boleh menghasilkan jualan RM120. Itu pengiraan yg paling simple. Itu situasi sekiranya dapat menjual habis satu balang air.

Kalau tak habis pun, dengan hanya menjual enam bungkus air balang pun, sudah dapat balik modal yg dikeluarkan. Best kan?

Langit Tak Selalu Cerah

Sudah tentu korang dah mula bersemangat kan?

Bagus!

Mesti korang rasa minat nak mulakan bisnes air balang ini mulai berkobar-kobar.

Tapi, sabar dulu..

Itu hanya manisnya sahaja. Korang jangan lupa, setiap perniagaan ada manis dan ada pahitnya. Ada pasang dan ada surutnya juga.

Jadi elok kalau dapat diceritakan yang pahitnya pula (ini adalah hasil daripada pengalaman saudara Mizan Sulaiman). Pengalaman yg mengajar erti kehidupan.

Beliau mula berminat dengan bisnes air balang ini sejak 2008 lagi. Ketika itu beliau tercari-cari apakah bisnes modal kecil untung besar yang boleh beliau lakukan. Maklumlah ketika itu modal pun cukup-cukup makan sahaja.

Kesilapan Terbesar Beliau

Bermula daripada situ, beliau mula tertarik dengan bisnes air balang ini. Tapi kesilapan terbesar beliau ketika itu adalah main redah saja. Beliau pun bukanlah ada apa-apa asas dalam bidang perniagaan.

Jadi banyak perkara yang beliau tidak tahu. Orang kata main hentam jer. Daripada situ, banyak modal yang terbuang. Air yang dijual tidak laku. Gerai sunyi sepi. Daripada awal ingat nak jimatkan duit dengan buat bisnes modal kecil untung besar, sudahnya banyak pula duit yang hangus.

Kalaulah daripada awal lagi beliau sudah cari orang berpengalaman dalam membuat bisnes jual air balang alangkah bagusnya. Setidak-tidaknya boleh juga beliau meminta nasihat mereka. Tapi nak buat macam mana, benda sudah jadi.

Berapa kos nak mulakan bisnes air balang ini?

Nak buat apa jua bisnes pun, sudah pasti kena tahu berapa modal permulaan bukan? Apakah kesilapan yg perlu dielakkan?

Mana nak cari buah-buahan yg segar dengan harga berpatutan untuk dijadikan jus air balang? Bagaimana mencari tapak yg ‘hot’ di bazar atau karnival? Korang bukan boleh main duduk saja di tapak bazar. Silap haribulan, gerai sunyi tak berpengunjung.

Bukan itu sahaja, apakah peralatan yg diperlukan juga diceritakan dengan lengkap dan jelas di dalam panduan di bawah.

Cara Memulakan Perniagaan Air Balang

Air Balang Yang Laku Keras

Sepanjang saudara Mizan Sulaiman berniaga air balang ini, air yang paling banyak permintaan adalah air yang sedang viral. Pelanggan akan beratur panjang kalau korang menjual air yang tengah viral.

Tapi awas, kebanyakan air yang viral ini hanya mampu bertahan sekejap saja. Paling lama pun dua ke tiga bulan sahaja. Selepas itu permintaan air viral ini akan mula berkurangan dan lama-kelamaan sepi. Tapi sebagai peniaga, korag kena pandai mengambil peluang.

Kalau jenis air balang itu sudah tiada permintaan, kita jual air balang jenis lain pula. Sebagai contoh, sekarang ini tengah viral air bubble tea. Jangan tunggu lagi, Kerana permintaan air ini pun pasti bakal berkurang juga nanti. Selagi masih banyak permintaan ini, korang jual habis-habisan.

Lemas Mengejar Viral

Tapi kalau korang tidak mahu mengejar trend semasa, korang boleh jual jenis air balang yang sentiasa ada permintaan. Salah satunya ialah coconut shake. Air balang jenis ini memang tidak pernah putus permintaan. Cuma sambutannya tidaklah sehangat air-air viral.

Lagi pun, coconut shake ini mudah untuk dicari. Sementara, air-air viral ini hanya wujud dan popular pada masa ia viral sahaja. Jadi tak hairanlah kenapa pelanggan sanggup untuk beratur panjang untuk mendapatkan air-air viral ini kan.

Jangan Bergantung Kepada Air viral Sahaja

Sambutan terhadap suatu jenis air balang bukanlah bergantung kepada viral semata-mata. Tapi juga bergantung kepada cara peniaga menarik pelanggan. Paling penting, tolong pastikan orang ramai tahu kewujudan gerai air korang. Tolong ya..

Dalam ebook Bisnes Air Balang yg dicadangkan di atas, ada ditunjukkan cara menarik pelanggan untuk bertandang ke gerai korang. Salah satu cara untuk tarik perhatian orang ramai datang ke gerai air balang korang adalah dengan menggantung banner ataupun banting. Tapi itu basic la.

Pastikan reka bentuk banner tersebut cantik dan boleh menarik perhatian bakal pelanggan korang.

Kesimpulan

Nasihat saudara Mizan Sulaiman untuk korang, jika nak buat apa-apa bisnes apa pun, pastikan korang cukup ilmu di dada sebelum terjun bebas ke dalam sesuatu perniagaan. Jangan main redah macam beliau dahulu. Kalau tidak, banyak modal yang akan hangus nanti.

Itulah serba-sedikit pengalaman saudara Mizan Sulaiman dalam bisnes modal kecil untung besar dengan menjual air balang ini.

Jika korang berminat untuk berniaga dalam bisnes jual air balang ini jangan hold back. Buat keputusan segera dan teruskan perjuangan! Hidup ini memang tak mudah.

Penutup

Bagi korang yg sudah membuat keputusan menceburkan diri dalam perniagaan air balang ini, sila baca lebih lanjut mengenai cara memulakan perniagaan air balang ini.

Kalau masih lagi berteka-teki mengenai cara yg betul memulakan bisnes air balang, korang baca panduan memulakan bisnes air balang.

Bukan semua jalan kita boleh main pacak je kanopi. Silap-silap, hanya dapat penat dan rugi. Sebelum pacak kanopi korang, baca dulu 9 teknik jual air balang di tepi jalan yg betul ni.

Leave a Comment

error: Content is protected !!