Cara Memulakan Perniagaan Air Balang

Korang mahu memulakan perniagaan dan mahu mencari duit lebih? Dah lama terfikir dan tertarik dengan bisnes air balang? Orang cakap, bisnes ni mudah dan untung. Bagus! Sebab hari ini kita memang nak berbual mengenai cara memulakan perniagaan air balang dan bagaimana menjana 7 – 8 ribu sebulan dengan hanya menjual air balang sahaja!

Cara Memulakan Perniagaan Air Balang

Assalamualaikum buat korang, seorang usahawan atau bakal usahawan. InsyaAllah..

Izinkan saya menceritakan seba sedikit pengalaman serta latar belakang seorang usahawan air balang berjaya yg sudah agak lama berkecimpung dalam bisnes air balang ini.

Namanya saudara Mizan Sulaiman. Beliau telah mula berniaga air balang sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadhan. Selain itu, beliau juga turut menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Tahun-tahun sebelum PKP, sewaktu beliau berniaga air balang di bazar Ramadhan, keuntungan beliau mencecah lebih RM7,000.

Apa yang lebih menarik, pendapatan ini beliau perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air! Ya, 3 balang air sahaja. Korang tak salah baca.

Tapi Alhamdulillah. Setiap hari ketiga-tiga balang air beliau akan habis dan licin dijual. Sold out!

Bukan.

Korang pasti kata itu nasib kan. Tapi ia bukanlah nasib semata-mata. Tapi ada “cara sulit dan khusus” yang beliau lakukan hasil dari pengalaman berniaga air balang sejak bertahun-tahun.

Kos Rendah Dan Untung Lebih Dari Seribu Peratus (1000%)

Satu perkara yang korang perlu tahu, bisnes air balang ini untungnya ‘agak’ besar. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air balang ini juga agak rendah sebenarnya. Korang boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000 (kos membeli kanopi, meja serta bekas balang air).

Sementara, kos untuk membuat air balang pula, sekitar RM100 setiap hari. Bergantung kepada jenis air yang korang mahu jual nanti. Misalnya, jika korang mahu jual air soya, kos untuk membeli 1 kilo kacang soya dan 2 beg ais cuma sekitar RM12 sahaja.

Namun setelah diproses menjadi air soya yg lazat dan dimasukkan ke dalam bekas balang air. Korang boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan korang jual dengan harga seringgit. Bermakna korang sudah memperolehi RM120 yakni keuntungan sebanyak 1,000% dari modal yang laburkan pada awalnya.

Begitu juga dengan jenis air balang-air balang yang lain. Kadar keuntungan kasar bisnes air balang ini selalunya adalah sekitar 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Apa macam?

Macam Best Je Buat Bisnes Jual Air Balang Ni

Yup, macam best kan? Cuma persoalannya, senang ke nak buat?

Ok, sebelum korang bergegas membeli kanopi dan bekas balang air untuk menjalankan bisnes air balang ini. Biar kami berterus terang dengan korang. Walaupun bisnes ini nampak mengiurkan dan kelihatan sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada rintangan dan cabarannya yg tersendiri.

Korang mungkin berkata, “kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja pon dah boleh dapat RM7,000, maknanya kalau saya jual 10 balang air, saya mungkin boleh dapat RM23,000 sebulan”

Tidak salah untuk berimpian besar. Malangnya, kita harusnlah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.

Cabaran pertama ialah modal. Demi menjual berbelas-belas balang air (seperti yang korang impikan itu), maka korang mesti membeli berbelas-belas bekas balang air. Harga satu bekas balang air adalah sekitar RM150 (mungkin dah naik sikit). Andai korang mahu beli 10 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM1,500.

Itu belum campur lagi peralatan-peralatan lain seperti meja dan kanopi. Dan ingat, sudah pasti korang memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang. Ini membawa kepada sekurang-kurangnya, modal yg diperlukan adalah di antara antara RM3-4 ribu juga.

Kebanyakan daripada korang ada wang simpanan & modal yang besar. Korang ada banyak wang. Tambahan lagi, korang juga mungkin seorang yang kacak (ini pasti menarik ramai pelanggan perempuan haha). Dan setakat modal RM3-4 ribu tu memang takda hal la.

Sekarang bawa bertenang dan cuba fikir..

Bagaimana pula korang mahu mengangkut 10 bekas balang air tu ke tapak jualan setiap hari? Muat ke semua balang tu dalam kereta “axia” korang? Lagi satu, rajin ke korang berulang-alik dari rumah ke tapak jualan semata-mata mahu mengangkat peralatan sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau korang mahu melabur wang membeli van atau lori pula.

Setelah korang membuat berbelas-belas balang air itu, comfirm ke semua air balang korang boleh habis terjual setiap hari? Pasti?

Tahukah korang, Kebanyakkan peniaga-peniaga air balang yang berjaya menjual sampai “sold-out” berbelas-belas bekas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga “otai” ni sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan yakin!

Berbanding korang yang baru mahu mula menjual air balang. Pasti ia mungkin sedikit payah. Peniaga-peniaga otai itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air balang dulu pun, mereka hanya bermula dengan 1 atau 2 balang sahaja.

Jual Air Balang Ini Memang Kerja Senang. Tetapi..

Jika bekas balang air korang serupa sahaja dengan bekas balang air lima peniaga air balang yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada korang untuk menarik pelanggan. Lebih parah lagi, jika air balang yang korang jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin pelanggan akan beli sekali sahaja dan itulah kali terakhir mereka membeli.

Beberapa persoalan di bawah harus dijawab:

  • Bagaimana menarik pelanggan?
  • Bagaimana membuat air yang sedap?
  • Bagaimana menjimatkan kos?
  • Bagaimana menggandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
  • Bagaimana memilih lokasi yang terbaik di tapak jualan?
  • Dan banyak lagi..

Tidak Perlu Pening Kepala Lagi

Saudara Mizan Sulaiman juga dulu sama seperti korang. Minat untuk jual air balang itu memang sudah berkobar-kobar. Tapi ilmu tentang bisnes air balang ini kosong. Konon-konon sudah tahu buat air yang tersedap di dunia maka bisnes air balang tentu meletop. Tapi sangkaan beliau jauh tersasar.

Sebenarnya masih banyak hal yang beliau tak tahu. Sebagai peniaga baru, terlalu banyak perkara trial & error yang terpaksa beliau lakukan. Ia memang membuang masa, membuang duit dan membuang tenaga. Maklumlah, sewaktu beliau bermula dulu, tiada panduan serta tunjuk ajar dari mereka yang otai tentang cara memulakan perniagaan air balang ini. Beliau hanya main redah sahaja.

Hasilnya begitu mengecewakan. Jualan tidak seberapa. Payung yang rosak dan terbang di tiup angin lebih menambahh kesedihan. Air-air balang pula terpaksa dibuang ke longkang. Itu antara pengalaman sedih yang pernah beliau lalui.

Jadi, beliau tidak mahu korang turut mengulangi kesilapan beliau serta melalui perkara-perkara yang menyedihkan itu. Situasi sebenar bisnes air balang, mungkin tidak sama seperti mana yang korang bayangkan.

Disebabkan itu, beliau telah menulis sebuah ebook yang akan memberikan korang panduan lengkap memulakan perniagaan air balang ini!

Panduan Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan Air Balang

Ebook ini beliau tulis berdasarkan pengalaman beliau berniaga air balang sejak tahun 2008. Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang beliau kongsikan. Merangkumi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta cara mengoperasikan bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

Cara Memulakan Perniagaan Air Balang

Ebook ini hampir setebal 100 mukasurat yang padat dengan info-info ‘sebenar’ dari seorang “usahawan air balang tulen” yang berniaga sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta. Ini bukanlah ebook “teori” atau ebook “resepi oleh chef” yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.

Kandugan Ebook Panduan Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan Air Balang

Berikut adalah kandungan rahsia yang terdapat dalam panduan cara memulakan perniagaan air balang ini. Ringkasan bab. Supaya korang boleh agak-agak adakah panduan ini sesuai untuk korang manfaatkan atau tidak.

BAB SATU : CARA MOHON TAPAK NIAGA

Dalam bab permulaan ini, beliau tunjukkan korang apakah langkah-langkah yang perlu korang lakukan untuk mendapatkan tapak niaga di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu korang dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan juga dimanakah untuk mendapatkannya? Semuanya beliau tunjukkan dalam bab ini. Siap sekali beliau bagi dengan contoh gambar sijil & resit. Tiada yang diselindungkan.

Berapa pula besar saiz tapak niaga dan berapakah bayaran bagi setiap tapak? Juga beliau tunjukkan kos anggarannya disini.

Bab ini amat penting, terutama sekali jika korang baru pertama kali mahu berniaga di bazar. Tanpa tapak niaga, tiada bisnes untuk korang.

BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR

Korang mesti ketahui, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan. Bahkan sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjung yang datang, tidak begitu memberangsangkan.

Jadi, jangan menjadi mangsa. Kenali tapak-tapak yang “panas” yang ramai pengunjung untuk korang berniaga air balang. Ada beberapa “ciri” yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu bagus atau tidak!

Beliau bongkarkan “ciri-ciri” tersebut di dalam bab ini.

BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN

Antara dua benda asas yang perlu korang miliki untuk berniaga air alang di bazar, adalah kanopi dan meja. Dalam bab ini beliau tunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang korang perlukan. Beliau juga turut berikan korang tempat serta alamat kedai untuk korang beli peralatan ini dengan harga yang lebih murah.

BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGA AIR BALANG

Ada 5 Tips “REAL” yang beliau kongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya “peniaga air balang sebenar” sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya.

Korang perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar korang boleh hadapi segala cabaran dan rintangan sewaktu berniaga air balang di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti korang terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini terjadi kepada korang!

Selain itu, beliau juga turut kongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimana mahu menjadikan gerai jualan air balang korang unik dan berbeza dari peniaga-peniaga yang lain.

BAB 5 : RAHSIA SULIT JUS AIR BALANG YANG LARIS

Ada 7 tips sulit yang beliau kongsikan di dalam bab ini. Beliau dedahkan apakah sebab beliau meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi jus air balang. Dalam bab ini juga beliau kongsikan tips dimana korang boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah.

Dan bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? Juga ada ada di dalam bab ini.

BAB 6 : CASE STUDY – BAGAIMANA BELIAU JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR

Ini adalah bab yang paling menarik di dalam ebook ini. Di dalam bab ini, beliau ceritakan semua strategi serta apa yang beliau lakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 dengan hanya berniaga 3 bekas balang air di bazar ramadhan.

  • Balang air jenis apa yang beliau gunakan?
  • Air apa yang beliau jual?
  • Berapa kos serta untung menjual air tersebut?
  • Apa teknik yang beliau gunakan untuk menarik pelanggan?
  • Dimana lokasi strategik serta bagaimana beliau menyusun balang air?
  • Bagaimana beliau gandakan keuntungan sehingga 3 kali ganda?
  • Semuanya beliau bongkarkan tanpa berselindung kepada korang di dalam bab ini!

BAB 7 : STRATEGI JUAL AIR BALANG DI KAWASAN SEKOLAH

Ebook ini bukan sahaja sesuai untuk korang yang mahu berniaga air balang di bazar ramadhan, tetapi jika korang mahu berniaga di tepi jalan mahupun di kawasan sekolah. Dalam ebook ini, beliau kongsikan strategi serta “4 perkara” yang penting untuk korang ambil perhatian apabila mahu berniaga di kawasan berhampiran sekolah.

25 RESEPI AIR BALANG

Selain ebook utama di atas, beliau juga bagi ebook tambahan. Di dalam ebook khas koleksi resepi air balang ini beliau kongsikan “25 Resepi Jus Air Balang Yang Paling Laris” di pasar ramadhan. Korang tak perlu pening lagi nak buat dan jual air balang apa.

Pilih sahaja beberapa air balang yang diberikan di dalam ebook tambahan ini. Resepi yang beliau kongsikan ini pula bukanlah resepi untuk buat 1-2 jug air minum sendiri. Tetapi, resepi untuk buat air balang dalam kuantiti yang banyak, iaitu resepi untuk buat air balang 33 liter.

Ada beza besar di antara buat air 1-2 jug dengan buat air 1 balang. Di sinilah terjadinya masalah “air balang tawar” atau “air balang tak sedap” tu.

25 resepi jus buah tersebut ialah:

  • Jus Mangga
  • Jus Tembikai Susu
  • Jus Tembikai
  • Jus Carrot Susu
  • Jus Asam Boi & Limau Kasturi
  • Jus Mata Kucing
  • Jus Air Jagung
  • Jus Nenas Madu
  • Jus Nenas Madu Milky
  • Jus Buah Naga (Dragon Fruit)
  • Air MILO
  • Air Laici Susu
  • Air Blue Hawaian Lemonade
  • Air Teh Bunga
  • Air Kelapa Muda
  • Air Sirap Bandung Cincau
  • Air Barli
  • Air Cincau
  • Jus Ciku
  • Jus Epal Asam Boi
  • Jus Kiwi
  • Jus Sunquick Rose
  • Jus Jambu Batu
  • Air Sirap Katering
  • Air Keladi

Wah.. Begitu banyak ilmu serta rahsia yang beliau bongkarkan di dalam ebook ini. Pastinya, sebaik sahaja korang selesai membaca ebook ini, korang akan teruja dan tidak sabar-sabar untuk memulakan perniagaan air balang.

Paling penting, korang sudah tidak perlu lagi untuk buat “trial & error” dan mengalami pelbagai kesusahan seperti mana yang pernah beliau alami dulu.

Jalan pintas sudah tersedia untuk korang. Korang boleh ambil pengalaman beliau berniaga air balang selama belasan tahun, hanya dalam masa beberapa jam sahaja dengan cara membaca ebook ini. Bukankah itu cara yang lebih mudah dan bijak?

Kenapa nak susah kalau boleh senang?

Penutup

Ramai peniaga baru yang tercari-cari apakah jenis perniagaan yg memerlukan modal kecil tetapi untung besar. Tidak perlu ragu lagi, antaranya ialah bisnes air balang modal kecil untung besar!

Sebagai individu yg bakal menceburkan diri ke dalam bisnes air balang, korang tentunya ingin mengetahui apakah resepi air balang paling laris.

Berniaga air balang ni penuh suka dan duka. Pahit dan manis datang silih berganti. Terdetik dihati mahu memulakan perniagaan ini? Baca dahulu pengalaman berniaga air balang ni supaya lebih bersedia.

Leave a Comment

error: Content is protected !!