Teknik Jual Air Balang

Memang ramai yg terfikir nak jual air balang. Kenapa? Sebab model bisnes ni nampak mudah. Boleh dikatakan sesiapa saja boleh melakukannya. Hanya perlu merajinkan diri. Dan tidak malu mencari rezeki yg halal. Jual air balang di tepi jalan. Hmm.. bunyinya memang senang. Tapi tahukah korang, bukan semua jalan kita boleh pacak kanopi. Silap-silap haribulan, hanya dapat penat dan lelah. Jadi pada kali ini, dikongsikan 9 teknik jual air balang di tepi jalan yg betul.

9 teknik jual air balang di tepi jalan

Harap maklum ya, teknik jual air balang yg dikongsikan ini adalah hasil dari pengalaman seorang penjual air balang tepi jalan yg berjaya. Beliau adalah seorang ‘legendary’.

Berapa berjayakah beliau? Dan berapa legendary kah beliau ini?

Pendapatan beliau hasil daripada menggunakan teknik jual air balang tepi jalan yg dikongsikan ini adalah sekitar 7k sebulan. Apa macam?

Siapakah beliau? Nanti di akhir perkongsian ini akan didedahkan.

Oh.. ya, dan teknik-teknik jual air balang di tepi jalan ini bukan sahaja sesuai untuk orang yang menjual air balang. Bahkan orang yang menjual kuih-muih, goreng pisang, nasi lemak dan apa-apa sahaja di tepi jalan juga sesuai amalkan.

Teknik #1 : Jual Air Balang Di Sebelah Gerai Lain

Kebanyakan perniaga membuat kesilapan asas ini. Apakah kesilapan tersebut? Mendirikan gerai air balang jauh daripada sesiapa dan sorang-sorang. Kononnya nak bolot habis pelanggan la. Kalau ada orang berniaga di sebelah, mulalah perangai syaiton dia nak sailang atau santau.

Sebenarnya..

Mengikut psikologi orang bisnes – lagi banyak gerai berniaga di sebelah menyebelah korang, akan lebih ramai pelanggan berhenti untuk membeli.

Ini kerana, orang ramai lebih suka berhenti di tempat yang ada beberapa gerai sebab banyak benda yang boleh mereka beli sekaligus. Kemeriahan sebenarnya menarik pelanggan. Berbanding berhenti di tempat yang hanya ada sebuah gerai yang menjual sejenis air balang sahaja.

Jadi, pertama sekali, janganlah marah kalau ada orang pacak gerai disebelah gerai air balang korang. Cuma pastikan, peniaga tersebut menjual produk lain la. Jangan sama sebiji macam produk korang sudahlah.

Teknik #2 : Pasang Banner

Ramai penjual air balang baru yang terlepas pandang perkara ini. Mereka selalunya hanya ingat meja dan payung saja bila nak buka gerai.

Sedangkan banner adalah antara perkara yang paling penting untuk memberitahu orang ramai tentang produk yang korang jual.

Jika ada banner, dari jauh bekal pelanggan sudah boleh nampak dan tahu korang jual apa. Bila orang alert korang jual apa, maka mereka boleh bersedia untuk berhenti dan insyaAllah membeli.

Teknik #3 : Cari Jalan Dua (2) Hala

Apabila berniaga tepi jalan, elakkan berniaga di tepi jalan yang jalannya hanya sehala. Kenapa?

Sebab, jalan sehala ini maksudnya, jalan yang ada divider di tengah-tengahnya. Di jalan sehala ini, pemandu selalunya akan memandu dengan laju. Jadi amat sukar untuk mereka berhentikan kenderaan untuk singgah membeli di gerai air balang korang.

Sila pastikan korang pilih lokasi gerai di jalan 2 hala. Dimana jalan 2 hala ini selalunya ada? Pada kebiasaanya jalan-jalan masuk ke taman perumahan dan jalan-jalan kecil.

Di jalan 2 hala ini, lazimnya kelajuan kenderaan adalah sekitar 50km/j ke bawah. Dengan kelajuan ini, para pemandu lebih mudah untuk berhentikan kenderaan mereka dan singgah di gerai korang.

Teknik #4 : Air Balang Wajib – Air Milo

Sekiranya korang menjual air balang di pasar malam atau pesta, air milo adalah air yang wajib korang jual. Kenapa? Ini adalah bertujuan bagi menarik perhatian kanak-kanak.

Kanak-kanak ni mmang takkan pandang air lain, air milo sahajalah yang mereka tahu dan mahu. Bila anak-anak dah mintak air, mak bapaknya pun akan beli sekali lah air-air yg lain.

Teknik #5 : Konsisten

Inilah teknik yg paling susah sekali untuk diaplikasikan. Bila menjual air balang di tepi jalan ni, pastikan korang buka gerai secara konsisten. Jangan hari ini buka, esok tutup. Lusa buka, tulat tutup. Kemudian buka semula. Lepas tu, lagi 2 hari, tutup pula.

Kalau begitu gayanya, memang orang menyampah dan sakit hati. Semalam, masa orang tak teringin nak beli, dia buka. Hari ini, bila rasa nak beli, dia tutup pula.

Memang susahlah nak dapat pelanggan tetap kalau buat gaya macam suka hati macam tu.

Teknik #6 : Letakkan Gerai Di Sebelah Kiri Jalan

Jika korang berniaga di sebelah petang (di antara jam 3 petang – jam 7 petang), pastikan korang dirikan gerai di sebelah kiri jalan (laluan orang pulang ke rumah). Barulah senang pelanggan nak singgah gerai korang apabila mereka pulang dari kerja. Takderlah mereka terpaksa buat u-turn untuk singgah ke gerai air balang korang.

Sebaliknya, jika korang berniaga sebelah pagi (di antara jam 6 pagi – jam 9 pagi), dirikan gerai korang di laluan kiri jalan (menghala keluar ke bandar atau ke pekan) dimana orang keluar pergi bekerja.

Teknik #7 : Cari Tempat Senang Parking

Ini antara yg paling penting, apabila korang mencari lokasi untuk gerai air balang, pastikan lokasi yg ada ruang untuk orang berhenti parking.

Ketiadaan ruang untuk berhenti meletak kenderaan, akan membantutkan hasrat pelanggan untuk membeli.

Teknik #8 : Cepat Layan Pelanggan

Sebaiknya, setiap permintaan pelanggan dibungkus dalam masa kurang 10 saat. langi mantap, pelanggan minta, terus bagi.

Bagi penjual air balang baru, korang kena praktis awal-awal cara nak cedok dan ikat air. Jangan sampai nanti terkial-kial nak ikat air depan pelanggan. Hal ini boleh menjejaskan imej bisnes air balang korang di mata pelanggan.

Teknik #9 : Modal 1/4

Jual air balang ni, sebaiknya pastikan modal harian untuk buat satu balang air tu hanya 1/4 sahaja dari hasil jualan.

Misalnya, kos untuk buat 1 balang air bandung laici ialah RM25. Tetapi bila habis terjual 1 balang air itu, korang boleh dapat RM100.

Dengan bajet cara begini, ia membuatkan korang lebih tenang berniaga dan kurang terasa “down” bila air balang korang tak habis. Sebab korang tahu, korang hanya perlu jual 1/4 balang air sahaja untuk memastikan korang dah balik modal pada hari tersebut.

Demikianlah serba-sedikit teknik-teknik jual air balang yang dapat dikongsikan bila berniaga di tepi jalan ni. Jika korang ada teknik lain, sila kongsikan di bahagian komen ya.

Pengalaman Siapakah Ini?

So, berbalik kepada soalan yg belum dijawab tadi. Siapakah penjual air balang yg sudi berkongsikan teknik-teknik jual air balang ini?

Ini sebenarnya adalah perkongsian daripada saudara Mizan Sulaiman. Sorang penjual air balang pro, yg mampu menghasilkan jualan 7k sebulan secara konsisten.

Kalau korang baru mula melibatkan diri dalam bisnes air balang ni. Dicadangkan korang berguru daripada mereka yg dah otai dan power.

Teknik-teknik jual air balang ‘advance’ dan banyak lagi ‘rahsia’ yg hanya otai air balang tahu, ada dikumpulkan di dalam panduan di bawah.

Rujukan Dan Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Panduan ini ditulis oleh beliau berdasarkan pengalaman menjalankan bisnes air balang sejak tahun 2008. Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang beliau kongsikan. Merangkumi panduan, strategi, resipi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta cara mengoperasikan bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

Penutup

Bagi korang yg sudah membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes air balang ini, sila baca lebih lanjut mengenai cara memulakan perniagaan air balang ini.

Ramai yg mencari apakah bisnes yg memerlukan modal yg kecil tetapi boleh memberikan keuntungan tinggi. Sudah tentu, salah satu daripada model bisnes tersebut adalah perniagaan air balang. Ketahui lebih lanjut di bisnes air balang modal kecil untung besar!

Air balang ni bukan boleh main bancuh saja. Kena tahu apakah resipi air balang paling laris. Baru jualan meledak!

Semakin hari, semakin ramai yg mulai membuka mata pada potensi bisnes air balang ini. Adakah korang pun sama? Kalau bagitu, elok baca sedikit panduan memulakan bisnes air balang ini.

Bagi yg masih berkira-kira dan belum yakin, sila baca potensi bisnes air balang. Korang pasti terkejut bila tahu seorang penjual air balang boleh buat RM550 untung bersih dalam sehari saja!

Masih mencari kekuatan diri untuk memulakan bisnes air balang ini? Kalau begitu, korang baca dulu pengalaman berniaga air balang ini. Semoga dapat inspirasi daripadanya..

Leave a Comment

error: Content is protected !!