Sering juga pertanyaan diterima daripada penjual yang baru memulakan bisnes jual air balang ini. Pertanyaan paling kerap diajukan ialah – apa air balang paling laris? Jadi pada kali ini kita akan membincangkan mengenai resepi air balang paling laku keras dan lima resepi air balang paling laris.
Isi Kandungan
Apakah Air Balang Paling Laku?
Berbalik kepada soalan – apa air balang paling laku? Jawapan untuk soalan ini bergantung kepada trend semasa.
Kalau korang masih ingat lagi ketika trend gerai air kopi ala-ala hipster tengah femes dulu. Sudah tentu jawapan untuk soalan ini pada masa itu ialah – air kopi hipster. Masuk pasar malam, pasar pagi, pasar minggu atau mana-mana tempat. Gerai atau kiosk kopi hipster ada saja. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Selain itu, kalau masuk bulan ramadhan, memang tak sah kalau tak cari air balang. Semua berebut-rebut nak tengok air balang apa yg menjadi trend tahun ini. Lebih lagi kalau kita tengah puasa, memang semua air balang nampak sedap. Ditambah pula dengan aneka warna yg menarik hati.
Masalah dengan air balang paling laris berdasarkan trend semasa ini adalah ia tidak bertahan lama. Gerai atau kiosk yg menjual air balang paling laris berdasarkan trend ini cepat tumbuh tetapi cepat pula berkurangan.
Ini memang satu masalah!
Jadi pilihan seterusnya ialah menjual air balang yg sentiasa ada permintaan.
InsyaAllah, seiring dengan perjalanan masa, korang akan mengumpul ramai pelanggan setia dan ini menjadikan air balang korang sentiasa laris.
13 resepi air balang Paling Laris Sepanjang Masa
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian kami, didapati 13 jenis resepi air balang di bawah adalah yg paling konsisten dari segi permintaan pada sepanjang masa.
- Jus Tembikai Susu
- Jus Tembikai
- Jus Carrot Susu
- Jus Asam Boi & Limau Kasturi
- Jus Mata Kucing
- Jus Air Jagung
- Jus Nenas Madu
- Jus Buah Naga (Dragon Fruit)
- Air MILO
- Air Laici Susu
- Air Blue Hawaian Lemonade
- Air Teh Bunga
- Air Kelapa Muda
5 Resepi Air Balang Paling Laris
Selain 13 jenis air balang di atas, di bawah disertakan 5 lagi resepi air balang yg paling laris. Kali ini disertakan bahan dan cara penyediaannya. Enjoy!
1) Resepi Air Balang – Jus Nenas Madu
(Penyediaan ini sesuai untuk balang 33 liter)
Bahan-Bahan:
- 10 biji Nenas Madu
- 2 kg Gula Pasir
- Air Bertapis secukupnya
- Ais batu 2 beg besar
Cara membuat:
- Masukkankn kesemua nenas yang telah dipotong halus ke dalam blender.
- Blend sehingga hancur.
- Sedia ditapis untuk membuang hampasnya.
- Masukkan ais batu dan sedia dijual dan diminum
2) Resepi Air Balang – Teh Ais Cincau
Bahan-Bahan:
- Teh serbuk (Royal)
- Susu full cream.
- Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
- Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
- Cincau.
Cara membuat:
- Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
- Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
- Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
- Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
- Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.
3) Resepi Air Balang – Jus Mata Kucing Power
Bahan-Bahan:
- 1 paket Buah mata kucing
- 1/2 paket gula melaka
- Gula pasir (optional)
- Daun pandan
Cara membuat:
- Basuh buah mata kucing tersebut dan rebus didalam periuk bersama daun pandan.
- Setelah buah tersebut kembang, masukkan gula melaka.
- Rasa sedikit, jika kurang manis, tambah dengan gula pasir.
- Siap untuk dihidang.
Nota: Buah mata kucing dikenali sebagai ‘dragon eyes’ jadi jika berkunjung ke kedai herba cina, korang boleh membeli bahan yang dikongsikan.
3) Resepi Air Balang – Bandung Cincau
Bahan-Bahan:
- Air sirap (boleh beli siap atau dimasak sendiri)
- Ais krim soda
- Susu cair
- Cincau secukupnya (diparut)
- Ais kiub secukupnya
Cara membuat:
- Campurkan sirap, air masak, susu sejat. Kacau dan rasakan manis dan lemak yang dikehendaki.
- Masukkan ais krim soda sambil dikacau tanpa henti. Masukkan ais kiub dan juga cincau.
- Siap untuk dihidangkan.
4) Resepi Air Balang – Air Katira Ori
Bahan-Bahan:
- 1 tin susu cair
- 2 cawan gula pasir
- 3 keping getah anggur kering/katira
- 12 biji badam
- 3 ketul buah kembang semangkuk
- 1 genggam biji selasih
- 2 cawan cendol
- 1/2 cawan cincau
- 7 biji kurma
- Kismis
- Kacang tanah goreng
- Secubit garam
Cara membuat:
Bahan A: Sirap pandan
- Sebelum membancuh air katira, korang hendaklah menyediakan sirap terlebih dahulu.
- Mula-mula, rebus 3 cawan air hingga mendidih.
- Masukkan 2 cawan gula pasir bersama daun pandan yang telah dikisar. Kacau hingga larut.
- Kemudian, padamkan api. Tuang dan tapiskan air gula hijau ke dalam balang air besar.
- Simpan dan ketepikan dahulu.
Bahan B: Susu badam
- Kisar badam yang diasing daripada kulit hingga halus bersama secawan air.
- Masak kisaran badam tadi sehingga mendidih bersama 2 cawan air.
- Padamkan api setelah mendidih beberapa minit.
- Tapis dan tuangkan susu badam ke dalam balang air yang berisi air gula hijau tadi.
Bahan C: Membancuh air katira
- Masukkan kurma yang telah dicarik-carik ke dalam balang air tadi.
- Boleh juga jika kurma tadi dibuang biji dan dihiris nipis. Terpulang.
- Masukkan pula katira, biji selasih dan buah kembang semangkuk yang telah kembang
- Tuang susu sejat, cendol dan secubit garam. Kacau hingga sekata semua bahan-bahan.
- Hidangkan air katira samaada dalam gelas besar atau mangkuk pencuci mulut.
- Tabur kacang goreng, kismis dan cincau sebagai toppings.
- Sedia untuk dihidangkan.
5) Resepi Air Balang – Tembikai Laici
Bahan-Bahan:
- Buah tembikai
- Satu tin laici
- Krim soda
- Segelas ais
- Aiskrim ( Optional )
Cara membuat:
- Potong tembikai secara dadu.
- Masukkan potongan tembikai, laici dan ais ke dalam blender.
- Tuang krim soda secukupnya.
- Blend sampai sebati ke semua bahan.
- Tuang ke dalam gelas dan kalau suka boleh letak aiskrim.
6) Resepi air balang jagung
Bahan-bahan air balang jagung:
- 3 – 4 Liter Air RO.
- ½ botol pati jagung double lion 495ml.
- 3 tin susu pekat dairy champ.
- 3 tin susu cair dairy champ.
- 1 sudu kecil pewarna merah.
- 1 sudu kecil perisa jagung.
- 1 tin sweet corn ayam brand
- 1 beg ais kiub.
- 2 sudu garam halus.
Cara membuat air balang jagung:
- Tuang air RO ke dalam balang 30 liter.
- Campurkan susu pekat dan susu cair.
- Tuang pati jagung.
- Tuang perisa jagung dan pewarna. Kacau.
- Masukkan sweet corn.
- Masukkan garam. Kacau.
- Masukkan 1 bag ais.
- Sedia untuk dijual.
Anggaran kos untuk membancuh resepi air balang jagung ini hanya sekitar RM28 sahaja.
Kesemua air balang di atas adalah ringkasan cara penyediaan resepi air balang sahaja.
Cara penyediaan bancuhan yang lebih jelas dan tepat, ada dikongsikan dalam panduan Bisnes Air Balang di bawah. Bagi yang dah dapatkannya, boleh rujuk semula dalam bab 5, yakni berkaitan resepi-resepi air balang viral.
Penjual Air Balang Handalan
Sedikit kisah motivasi untuk korang. Supaya semangat korang untuk jual air balang lebih menyala lagi..
Korang mesti belum kenal siapa saudara Mizan Sulaiman kan? Beliau ialah seorang penjual air balang pro. Pelanggan beliau sanggup beratur panjang untuk membeli air balang beliau.
Apa yg menariknya, beliau hanya menjual satu jenis air balang sahaja. Setiap hari, air balang beliau sold out. Bahkan, pendapatan bulanan beliau kadang-kadang boleh mencecah sehingga 7k!
Apa yg paling hebat adalah air balang yg beliau jual bukannya terlalu fancy atau yg tengah viral. Mesti korang tak percaya, air balang yg dijual itu ialah – air teh bunga!
Teh bunga jer?
Yup! Teh bunga..
Tapi.. Air teh bunga beliau bukan biasa-biasa. Ada rahsianya. Sampai banyak lebah yg datang menghinggap di bekas balang air beliau. Ko hengat cikai..
Lagi pun, berniaga air balang ni bukan boleh main pacak kanopi gitu jer. Ada pantang larangnya. Cara pilih lot di bazar yg betul, cara jual air balang di kawasan sekolah yg tepat, cara pilih lokasi berniaga tepi jalan yg ideal, cara menangani masalah yg timbul, apa keperluan memulakan bisnes air balang ini dan macam-macam lagi la..
Kalau korang main hentam. Main langgar saja. Itulah yg korang nampak, jual air balang bulan lepas bukan main lagi. Lalu lagi sekali, kanopi pun dah takda. Hilang terus. Bungkus!
Ha.. Korang nak tahu apa rahsianya?
Saudara Mizan Sulaiman ada kongsikan pengalaman dan banyak lagi ‘rahsia sulit’ dalam ebook beliau di bawah..
Ok.. itu sahaja perkongsian kali ini mengenai apa air balang paling laku dan lima resepi air balang paling laris.
Selamat memulakan bisnes air balang korang!
Penutup
Bagi korang yg sudah membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes air balang ini, sila baca lebih lanjut mengenai cara memulakan perniagaan air balang ini.
Ramai yg mencari apakah bisnes yg memerlukan modal yg kecil tetapi boleh memberikan keuntungan tinggi. Sudah tentu, salah satu daripada model bisnes tersebut adalah perniagaan air balang. Ketahui lebih lanjut di bisnes air balang modal kecil untung besar!
Semakin hari, semakin ramai yg mulai menyedari potensi bisnes air balang ini. Adakah korang pun sama? Adakah korang dah tahu betapa besar potensi bisnes air balang ini?
Air balang modal rendah kerana hanya memerlukan RM1,000 sahaja. Ini sudah cukup untuk mula berniaga air balang. Menarik bukan? Baca lagi..