Kebanyakan orang memandang penjual air balang sebelah mata. Tengok tak tengok jer kan. Dorang tak tahu sebenarnya si penjual air balang tu punya pendapatan jauh lebih banyak daripada pendapatan pegawai tinggi kerajaan! Berapa banyak tu? So, kali ini kita akan sembang mengenai potensi bisnes air balang.
Isi Kandungan
Pada hari-hari biasa, peniaga air balang mengaut keuntungan daripada jualan air di lot niaga yg disediakan misalnya di pasar tani, pasar minggu dan pasar malam. Menjelang ramadhan, para penjual air balang akan beralih ke bazar ramahdan. Pada ketika ini, keuntungan bisnes air balang ini mulai melonjak.
Berapa banyak lonjakan tu?
Ok jom, kita buat kira-kira.
Katakan ada seorang peniaga menjual 3 balang air. Kebiasaanya kalau dah pro, air balang ini akan sold out setiap hari. Bukan senang tapi boleh dipelajari caranya. Korang boleh baca panduan yg dicadangkan di bawah.
Katakan lagi air balang yg dijual itu ialah air tembikai, air durian belanda dan air mangga. Kos untuk buat ketiga-tiga balang ini hanya memerlukan RM130 saja. Tapi jualan sehari boleh dapat RM243. Sebulan sudah RM7,290 kan!
Katering Air Balang
Korang jangan tak tahu, bisnes air balang ni bukan setakat jual tepi jalan. Ia juga boleh dikembangkan menjadi bisnes katering. Korang boleh ambil tempahan untuk majlis kahwin.
Kita ambil contoh, korang kenakan bayaran RM120 untuk sebalang air. Biasanya, tuan rumah akan order di antara 8 – 12 balang. Ok, kita ambil 9 balang la.
Perkiraan mudahnya adalah seperti berikut:
RM120 X 9 = RM1080
Dan kebiasaanya juga, tuan rumah akan minta kita kurangkan sedikit harga (diskaun). Ini perkara biasa dalam bisnes. Tiada masalah pun. Cuma korang kena bersedia.
So, harga selepas diskaun:
RM1080 – RM180 = RM900
Kos air batu & bahan-bahan:
RM350
Jadi keuntungan korang:
RM900 – RM350 = RM550
Nampak tak macam mana korang leh dapat mengaut keuntungan RM550 dalam masa sehari?
Senjata Pelaris
Potongan harga atau diskaun ini merupakan senjata pelaris kalau korang gunakan dengan betul. Nasihat kami, jika tuan rumah tidak minta diskaun sekali pun, korang tetap berikan. Jangan kedekut. Keberkatan rezeki ada di situ.
Lagi pula, pemberian diskaun ini merupakan cara yg memberi gambaran kepada tuan rumah dan pelanggan-pelanggan korang bahawa korang prihatian dan baik orangnya. Siapa yg tidak suka berurusan dengan orang yg baik-baik. So di lain masa jika ada majlis kahwin untuk anak kedua beliau atau mungkin ada kenduri pula. Sudah pasti potensi mereka untuk kembali mencari korang adalah tinggi.
Potensi Bisnes Air Balang Tidak Terhad
Potensi bisnes air balang ni tidak terhad setakat pada majlis kahwin saja. Korang juga boleh ambil tempahan untuk katering rumah terbuka, acara sukan sekolah, acara sukaneka dan program-program anjuran politik dan lain-lain.
Potensi bisnes air balang ni sebenarnya bergantung kepada kreativiti korang. Sudah tentu, kalau mahu jadi usahawan air balang kena pandai mengambil peluang yg terbuka.
Apa? Korang dah mula berminat dengan potensi bisnes air balang ni?
Kalau begitu, korang baca panduan di bawah..
Apa Kandungan Panduan Bisnes Air Balang Ni?
Berikut adalah ringkasan bab yg terdapat di dalam panduan ini. Memang sesuai sangat untuk korang yg baru berjinak-jinak dalam bisnes air balang ni.
BAB SATU : CARA MOHON TAPAK JUALAN
Cara mohon tapak jualan. Dalam bab permulaan ini, ditunjukkan apakah langkah-langkah yang perlu korang lakukan untuk mendapatkan tapak jualan di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu korang dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan juga dimanakah untuk mendapatkannya?
BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR
Korang mesti tahu, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan. Bahkan sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada para penjual. Namun begitu, bilangan pengunjung yang datang, tidak begitu memberangsangkan.
Jadi, jangan menjadi mangsa. Kenali lokasi-lokasi yang “panas” yang ramai pengunjung untuk korang menjalankan bisnes air balang. Ada beberapa “ciri” yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu bagus atau tidak!
BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN
Antara dua benda asas yang perlu korang miliki untuk menjalankan bisnes air balang di tapak jualan, adalah kanopi dan meja. Jenis kanopi serta jenis meja apa yang korang perlukan? Mana pula tempat untuk korang beli peralatan ini dengan harga yang lebih murah?
BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA MENJALANKAN BISNES AIR BALANG
Ada 5 Tips “REAL” yang dikongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya “penjual air balang sejati” saja yang tahu. Cuma orang-orang yang pernah menjalankan bisnes air balang di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya.
Korang perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar korang boleh hadapi segala cabaran dan rintangan sewaktu menjalankan bisnes air balang di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti korang terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini terjadi kepada korang!
Selain itu, juga turut dikongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimana mahu menjadikan gerai jualan air balang korang unik dan berbeza dari penjual-penjual yang lain.
BAB 5 : RAHSIA SULIT JUS AIR BALANG YANG LARIS
Ada “7 tips sulit” yang dikongsikan di dalam bab ini. Didedahkan apakah sebab “sesetengah bahan” dicampurkan ke dalam resepi jus air balang. Juga dikongsikan tips dimana korang boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah. Dan bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? Juga ada ada di dalam bab ini.
BAB 6 : CASE STUDY – BAGAIMANA MENJANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR
Ini adalah bab yang paling menarik di dalam ebook ini. Di dalam bab ini, dibongkarkan tips dan strategi serta apa yang saudara Mizan Sulaiman lakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 dengan hanya menjual 3 bekas balang air di bazar ramadhan.
- Balang air jenis apa yang beliau gunakan?
- Air apa yang beliau jual?
- Berapa kos serta untung menjual air tersebut?
- Apa teknik yang beliau gunakan untuk menarik pelanggan?
- Dimana lokasi strategik serta bagaimana beliau menyusun balang air?
- Bagaimana beliau gandakan keuntungan sehingga 3 kali ganda?
- Semuanya saya bongkarkan tanpa berselindung kepada anda di dalam bab ini!
BAB 7 : STRATEGI JUAL AIR BALANG DI KAWASAN SEKOLAH
Ebook ini bukan sahaja sesuai untuk korang yang mahu menjalankan bisnes air balang di bazar ramadhan, tetapi juga kepada korang yg mahu menjual air balang di tepi jalan mahupun di kawasan sekolah. Dalam ebook ini, dikongsikan strategi serta “4 perkara” yang penting untuk korang ambil perhatian apabila mahu menjalankan bisnes air balang di kawasan berhampiran sekolah.
Penutup
Bagi korang yg sudah membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes air balang ini, sila baca lebih lanjut mengenai cara memulakan perniagaan air balang ini.
Ramai yg mencari apakah bisnes yg memerlukan modal yg kecil tetapi boleh memberikan keuntungan tinggi. Sudah tentu, salah satu daripada model bisnes tersebut adalah perniagaan air balang. Ketahui lebih lanjut di bisnes air balang modal kecil untung besar!
Air balang ni bukan boleh main bancuh saja. Kena tahu apakah resepi air balang paling laris. Baru jualan meledak!
Semakin hari, semakin ramai yg mulai membuka mata pada potensi bisnes air balang ini. Adakah korang pun sama? Kalau bagitu, elok baca sedikit panduan memulakan bisnes air balang ini.