Pengalaman Berniaga Air Balang

Bila dah lama berniaga air balang ni, akan ada pengalaman yg manis untuk dikenang. Namun, ada juga yg pahit utk ditelan. Tapi bak kata bidalan, manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang, ewah.. Pengalaman berniaga air balang yg pahit itu pun ada baiknya utk diingat semula.

Pengalaman Berniaga Air Balang

Ia sebagai pengajaran dan pedoman kepada peniaga air balang yg baharu. Semoga korang semua tidak membuat kesilapan yg sama. Atau sekurang-kurangnya tidak menanggung kerugian yg teruk.

Berikut adalah beberapa pengalaman berniaga air balang yang boleh diambil pengajaran..

Air Balang Tak Habis

Air balang tak habis dijual. Ini adalah pengalaman berniaga air balang yg semua orang kalau boleh taknak alami. So, air balang yg tak habis tu kita nak buat apa? Boleh tak simpan balik untuk dijual semula esok?

Sebagai peniaga air balang yg berpengalaman, jangan cepat melatah. Kena kaji apakah punca kejadian tersebut. Pada kebiasaannya, air balang tak sold out adalah disebabkan oleh hari hujan. Ini adalah hakikat yg terpaksa ditelan oleh semua peniaga air balang.

Asal hari hujan saja, jualan air balang pasti menurun sedikit. Kenapa? Sebab orang tak begitu haus seperti pada hari yg panas.

Kalau Air Balang Masih Tak Habis

Kalau hari tak hujan. Cuaca elok. Panas terik. Bahang. Tapi jualan air balang masih tak habis. Hmm.. nampaknya ada sesuatu di situ.

Ini sudah pasti bukan kerana orang tak haus. Tapi lokasi gerai jualan tak strategik.

Lokasi gerai jualan memainkan peranan penting dalam peningkatan atau penurunan jualan air balang. Lokasi yg baik akan memberi jaminan jualan yg bagus.

Apakah ciri lokasi tapak jualan yg strategik tu? Ada beberapa yg utama sebenarnya. Tapi untuk kali ini, hanya satu yg dikongsikan. Kalau korang nak ciri-ciri penuh lokasi yg strategik utk berniaga air balang, korang leh dapatkan panduan di bawah.

Ok berbalik kepada soalan tadi. Apa yg menyebabkan lokasi gerai jualan air balang itu tidak strategik? Trafik.

Trafik bermaksud kawasan tersebut ramai orang lalu-lalang. Tak kisah dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Janji orang lalu. Semakin tinggi jumlah orang yg lalu, semakin tinggi kemungkinan untuk air balang korang laku.

Air Balang Masih Tak Habis Juga

Kalau air balang masih tak habis juga walau cuaca panas dan gerai terletak di tengah laluan utama pelanggan. Satu lagi punca utamanya ialah rasa.

Apa benda rasa tu?

Air balang tak sedap, siapa pun tak nak beli kan? Air balang cair, tawar dan terlalu berkira dengan bahan-bahan adalah punca kenapa air balang yg dijual tak sedap.

Sukar sebenarnya nak cari resipi air balang yg cukup sempurna dari segi warna dan rasanya. Kena banyak buat banyak try and error. Sampailah dapat gabungan rasa yg mantap kata orang. Nak mudah, gunakan saja resipi air balang dalam panduan di bawah. Ia sudah teruji dan memang sedap. Hasil pengalaman berniaga air balang selama belasan tahun.

Memang betul, setiap orang ada citarasa tersendiri. Jadi sebagai peniaga air balang, kita sukar hendak memenuhi setiap selera pelanggan.

Korang jangan salah faham. Air balang tak sedap bukan hanya bermaksud terkurang gula. Ia menjadi air balang tawar. Tapi air balang tak sedap juga kerana terlebih gula. Air balang yg terlalu manis juga dianggap sebagai air balang yg tidak sedap!

Nak Buat Apa Dengan Air Balang Tak Habis Tu?

Sebagai peniaga air balang, kita kena kreatif. Nak hidup la katakan. Takkan kita nak buang air balang yg tak habis tu kan. Jadi kita buat apa?

Korang boleh jadikan sebagai produk sampingan seperti dadih, aiskrim dan agar-agar. Ini boleh dijadikan sebagai produk sampingan korang selain produk utama yakni air balang.

Masalah dengan kaedah ini ialah ia memakan terlalu banyak masa dan tenaga. Jika korang membuat terlalu banyak produk, maka makin tidak teruruslah bisnes air balang korang.

Apa Pasal Pula?

Ini kerana korang dah letih berniaga air balang, tetapi pulang ke rumah kena kacau dadih lagi, kena bungkus airkrim lagi, kena potong agar-agar lagi..

Kena beli bekas utk dadih, plastik utk aiskrim, dan tempat utk agar-agar lagi.

Kena ada peti sejuk besar pula utk simpan aiskrim, mana pula nak letak dadih?

So, penat. Letih dan boleh hilang fokus.

Boleh la kalau sekali sekala. Tapi kalau kena buat semua benda tu setiap hari? Macamana?

Fokus utama jual air balang entah kemana. Hanya kerana mahu menyelamatkan lebihan air balang yg berliter-liter setiap hari!

Matlamat utama untuk melariskan jualan air balang hilang dibawa angin. Padahal itu yg paling penting bagi seorang penjual air balang.

Cari Punca Kenapa Air Balang Tak Habis

Daripada korang sibuk menyelamatkan air balang yg tidak habis itu. Adalah lebih baik korang cari punca kenapa air balang tak habis. Bila dah jumpa punca, barulah boleh baiki.

Lagi satu, fokus pada satu produk dahulu sebelum menambah produk baharu.

Pengalaman Berniaga Air Balang Saudara Mizan

Apa yg dipaparkan di sini ini adalah pengalaman berniaga air balang hasil daripada perkongsian saudara Mizan Sulaiman. Pengalaman berniaga air balang beliau sudah berbelas tahun. Beliau sudah makan banyak garam. Sudah pernah jatuh terduduk. Sudah juga pernah tersadung..

Beliau sudah tahu apakah apakah ‘ciri’ yg wajib utk lokasi tapak jualan air balang, beliau sudah mahir mengesan punca air balang tak sedap, beliau juga sudah khatam resipi-resipi air balang yg menjadi rebutan pelanggan.

Kenapa kena merasa jatuh terduduk kalau boleh elakkan? Korang ambil saja pengalaman berniaga air balang beliau. Sudah dikumpul dan dijadikan ebook panduan. Korang akan belajar banyak daripada pengalaman berharga beliau.

Rujukan Dan Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Ebook ini ditulis oleh beliau berdasarkan pengalaman menjalankan bisnes air balang sejak tahun 2008. Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang beliau kongsikan. Merangkumi panduan, strategi, resipi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta cara mengoperasikan bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

Ebook ini hampir setebal 100 mukasurat yang padat dengan info-info ‘sebenar’ dari seorang “usahawan air balang tulen” yang menjalankan bisnes air balang sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival-karnival serta pesta-pesta. Ini bukanlah ebook “teori” atau ebook “resipi oleh chef” yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.

Apa Isi Panduan Ni?

Berikut adalah isi-isi penting yang terdapat dalam panduan memulakan bisnes air balang ini. Ringkasan bab. Supaya korang boleh agak-agak adakah panduan ini sesuai untuk korang manfaatkan atau tidak.

BAB SATU : CARA MOHON TAPAK JUALAN

Dalam bab permulaan ini, beliau tunjukkan korang apakah langkah-langkah yang perlu korang lakukan untuk mendapatkan tapak jualan di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain.

Apa sijil yang perlu korang dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan juga dimanakah untuk mendapatkannya? Semuanya beliau tunjukkan dalam bab ini. Siap sekali beliau bagi dengan contoh gambar sijil & resit. Tiada yang diselindungkan.

Korang jangan ambil mudah perkara ni. Nanti dah sedap berniaga, suatu hari pihak berkuasa tempatan datang angkut semua balang-balang sekali dengan kanopi korang sebab melanggar undang-undang.

BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR

Korang mesti ketahui, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan. Bahkan sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada para penjual. Namun begitu, bilangan pengunjung yang datang, tidak begitu memberangsangkan.

Jadi, jangan menjadi mangsa. Kenali tapak-tapak yang “panas” yang ramai pengunjung untuk korang menjalankan bisnes air balang. Ada beberapa “ciri” yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu bagus atau tidak.

BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN

Antara dua benda asas yang harus korang miliki untuk menjalankan bisnes air balang di bazar, iaitu kanopi dan meja. Dalam bab ini beliau tunjukkan jenis kanopi, serta jenis meja yang korang perlukan. Beliau juga turut berikan korang tempat serta alamat kedai untuk korang beli peralatan ini dengan harga yang lebih murah.

BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA MENJALANKAN BISNES AIR BALANG

Ada 5 Tips “REAL” yang beliau kongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya “penjual air balang sebenar” sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah menjalankan bisnes air balang di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya.

Korang perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar korang boleh hadapi segala cabaran dan rintangan sewaktu menjalankan bisnes air balang di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti korang terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini terjadi kepada korang!

Selain itu, beliau juga turut kongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimana mahu menjadikan gerai jualan air balang korang unik dan berbeza dari penjual-penjual yang lain.

BAB 5 : RAHSIA SULIT JUS AIR BALANG YANG LARIS

Ada 7 tips sulit yang beliau kongsikan di dalam bab ini. Beliau dedahkan apakah sebab beliau meletakkan sesetengah bahan ke dalam resipi jus air balang. Dalam bab ini juga beliau kongsikan tips dimana korang boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah.

Korang mesti ingat, tunjang utama bisnes ini ialah air balang yg sedap. Tanpanya, korang boleh gulung tikar anytime.

BAB 6 : CASE STUDY – BAGAIMANA BELIAU JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR

Ini adalah bab yang paling menarik di dalam ebook ini. Di dalam bab ini, beliau ceritakan semua strategi serta apa yang beliau lakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 sebulan dengan hanya menjual 3 bekas balang air di bazar ramadhan.

  • Balang air jenis apa yang beliau gunakan?
  • Air apa yang beliau jual?
  • Berapa kos serta untung menjual air tersebut?
  • Apa teknik yang beliau gunakan untuk menarik pelanggan?
  • Dimana lokasi strategik serta bagaimana beliau menyusun balang air?
  • Bagaimana beliau gandakan keuntungan sehingga 3 kali ganda?
  • Semuanya beliau bongkarkan tanpa berselindung kepada korang dalam bab ini!

BAB 7 : STRATEGI JUAL AIR BALANG DI KAWASAN SEKOLAH

Ebook ini bukan sahaja sesuai untuk korang yang mahu menjalankan bisnes air balang di bazar ramadhan, tetapi juga untuk korang yg mahu menjual air balang di tepi jalan.

Malah turut sesuai dimanfaatkan oleh mereka yg mahu memulakan bisnes jual air di kawasan sekolah. Dalam ebook ini, beliau kongsikan strategi serta “4 perkara” yang penting untuk korang ambil perhatian apabila mahu menjalankan bisnes air balang di kawasan berhampiran sekolah.

EBOOK TAMBAHAN – 25 RESIPI AIR BALANG

Selain ebook utama di atas, beliau juga bagi ebook tambahan. Di dalam ebook khas koleksi resipi air balang ini beliau kongsikan “25 Resipi Jus Air Balang Yang Paling Laris”. Korang tidak perlu pening lalat lagi nak buat air balang apa.

Pilih sahaja beberapa air balang yang diberikan di dalam ebook tambahan ini. Resipi yang beliau kongsikan ini pula bukanlah resipi untuk buat 1-2 jug air minum sendiri. Tetapi, resipi untuk buat air balang dalam kuantiti yang banyak, iaitu untuk buat air balang 33 liter!

Ada perbezaan besar di antara buat air setakat 1-2 jug dengan buat air 1 balang. Di sinilah terjadinya masalah “air balang tawar” atau “air balang tak sedap” tu.

Dengan mengikut resipi yg beliau perturunkan, tidak akan terjadi air balang yg ‘tawar’ atau ‘tak sedap’ atau ‘kurang pekat’ atau ‘tak pyor’ lagi. Asalkan korang tidak ubahsuai resipi yang diberikan dalam ebook khas ini sesuka hati.

25 resipi jus buah tersebut ialah:

  • Jus Mangga
  • Jus Tembikai Susu
  • Jus Tembikai
  • Jus Carrot Susu
  • Jus Asam Boi & Limau Kasturi
  • Jus Mata Kucing
  • Jus Air Jagung
  • Jus Nenas Madu
  • Jus Nenas Madu Milky
  • Jus Buah Naga (Dragon Fruit)
  • Air MILO
  • Air Laici Susu
  • Air Blue Hawaian Lemonade
  • Air Teh Bunga
  • Air Kelapa Muda
  • Air Sirap Bandung Cincau
  • Air Barli
  • Air Cincau
  • Jus Ciku
  • Jus Epal Asam Boi
  • Jus Kiwi
  • Jus Sunquick Rose
  • Jus Jambu Batu
  • Air Sirap Katering
  • Air Keladi

Penutup

Bagi korang yg sudah membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes air balang ini, sila baca lebih lanjut mengenai cara memulakan perniagaan air balang ini.

Ramai yg mencari apakah bisnes yg memerlukan modal yg kecil tetapi boleh memberikan keuntungan tinggi. Sudah tentu, salah satu daripada model bisnes tersebut adalah perniagaan air balang. Ketahui lebih lanjut di bisnes air balang modal kecil untung besar!

Air balang ni bukan boleh main bancuh saja. Kena tahu apakah resipi air balang paling laris. Baru jualan meledak!

Semakin hari, semakin ramai yg mulai membuka mata pada potensi bisnes air balang ini. Adakah korang pun sama? Kalau bagitu, elok baca sedikit panduan memulakan bisnes air balang ini.

Bagi yg masih berkira-kira dan belum yakin, sila baca potensi bisnes air balang. Korang pasti terkejut bila tahu seorang penjual air balang boleh buat RM550 untung bersih dalam sehari saja!

Leave a Comment

error: Content is protected !!