Apabila dikatakan modal, ada bisnes yang memerlukan modal besar dan modal kecil. Begitu juga dengan bisnes air balang. Air balang modal rendah kerana hanya memerlukan RM1,000 sahaja. Ia sudah cukup untuk berniaga air balang. Kerana itulah air balang mudah dijual dan keuntungan yang berlipat kali ganda.
Isi Kandungan
Modal RM1000
Tahukah korang? Dengan bermodalkan RM1,000 sudah boleh mula berniaga air balang. Air balang pula pelbagai jenis. Namun, risiko untung bersaing adalah tinggi. Agak ramai mahu memulakan jualan air balang kerana air balang modal rendah.
Untuk bersaing, perlulah jangan kedekut bahan. Korang perlu ada sikap jangan tamak dalam perniagaan. Ikut resepi dan cara membancuh air dengan betul.
Risiko air balang
Walaupun air balang modal rendah, masih ada risiko untuk rugi. Jadi, jika perniagaan baru sahaja dimulakan jangan bancuh terlalu banyak.
Untuk permulaan perniagaan, pastikan korang mengetahui siapa target pembeli. Kaji dan pastikan korang boleh apakah selera target pembeli. Di samping kerugian, risiko lain ialah membuang air balang.
Jangan bancuh secara banyak jika belum tahu jenis air balang yang pembeli suka.
Air susu atau air bergula
Meskipun air balangmodal rendah namun ada beza susu dan bergula. Ada juga peniaga menggunakan gula dalam air yang bersusu. Susu dalam kuantiti sedikit. Pada aku, itu tidak sesuai.
Untuk tekak aku. Aku amat tidak suka dan tidak akan datang membeli lagi. Jadi, korang macam mana? Untuk menjaga pembeli, mestilah menjaga tekak mereka. Jadi pada aku, untuk air bersusu, gunalah susu.
Meskipun bisnes air balang korang menggunakan modal rendah, tapi jika air balang yang menggunakan susu, boleh letakkan harga yang berpatutan. Itu sebab kena letak susu supaya kita menjaga pembeli. Menjaga citarasa pembeli.
Sukatan dalam bancuhan
Pasti ada sukatan dan kuantiti bancuhan. Kerana modal rendah kan. Pasti nak jimat dalam sukatan. Meskipun berjimat, jangan menipu dalam bancuhan. Kerana rasa akan lain jika tidak sama cara bancuhan. Pasti korang mahu pembeli sentiasa ingat akan jualan korang kan.
Pendapat aku, baik menjaga bancuhan supaya sentiasa akan ada pembeli. Air balang ni modal rendah kerana bukan perlu banyak bahan. Hanya air, susu, gula, perisa sahaja. Itu asasnya la.
Untuk permulaan, memang agak banyak peralatan yang diperlukan. Namun masih sedikit barang barang yang perlu disediakan berbanding model bisnes lain.
Saingan dan risiko
Walaupun, air balang dengan modal yg rendah pun jangan korang ambil sambil lewa. Ia boleh menyebabkan kerugian jika tidak bersungguh-sungguh. Apalagi jika berdepan dengan cuaca hujan.
Bukan sahaja itu, korang juga mungkin berdepan saingan yang ramai dan jualan air balang yang sama jenis. Risiko untuk rugi adalah besar. Namun, jika korang memastikan pembeli akan ulang membeli. Semua akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Pasti tidak akan merugikan.
Pasti korang akan mendapat keuntungan yang besar kerana air balang ni modal dia tak banyak. Jadi, tidak susah untuk mendapatkan keuntungan pun sebenarnya.
Modal air balang
Ini antara modal air balang yang dikatakan air balang modal rendah. Khemah=RM150, ada juga bantuan yang hanya RM100 sahaja. Meja, kerusi, balang, senduk air, cawan plastik, penyedut minuman =RM400. Modal pusingan, seperti periuk besar, gas, air, gula, susu, perisa, pati perisa=RM400. Jadi jika ia begini, harga modal untuk permulaan tidak sampai RM1500.
Setiap satu modal boleh dapat beberapa bancuhan. Setiap bancuhan boleh mendapatkan tiga atau empat balang air. Air balang pula dijual setiap satu cawan plastik kecil RM2-RM3. Cawan plastik besar pula RM5 secawan. Setiap balang boleh mendapat hampir 200 cawan plastik. Korang kiralah sendiri keuntungannya.
Banyak keuntungan yang boleh dapat dari jual air balang. Kerana itulah, air balang ni modal rendah. Tetapi keuntungannya boleh tahan.
Air masak
Air dimasak di dalam periuk besar kerana tidak cukup di cerek sahaja. Periuk besar digunakan untuk memasak air yang banyak. Namun, ada juga peniaga menggunakan air paip yang tidak
dimasak, ini adalah tidak elok dan menipu pembeli namanya.
Sebagai penjual, jangan korang lakukan begitu. Kasihan pada pembeli, mungkin yang tidak tahan perutnya, akan menyebabkan sakit perut. Jadi, sebagai penjual haruslah jujur dam jualan.
Tidak lama masak air dalam periuk tersebut, hanya 5-10 minit sahaja untuk menunggu air mendidih. Korang perlu tahu, setiap air yg dimasak boleh membuat air balang tahan lama dan tidak mudah basi.
Jadi, jika korang membancuh air balang dari pagi hingga ke malam akan masih elok meskipun sudah seharian. Ingat, jangan tidak masak air. Tidak jujur namanya.
Bayar gaji pekerja
Jika mempunyai pekerja, gaji pekerja juga termasuk dalam modal. Modal pusingan. Untuk perkara ini ,korang perlu membuat kira-kira berapa jam pekerja bekerja. Jadi, selalunya RM5-RM7 sejam. Malah ada juga majikan yang menetapkan sehari RM50 gaji pekerja. Dikira mudah jika sebegitu.
Tetapi jika air balang hanya 3 atau 4 balang tidak perlulah pekerja. Yang memerlukan pekerja, air balang korang sehingga 7-8 balang. Memang perlu pekerja kerana banyak balang air dijual.
Perkhidmatan pantas dan mesra
Mengapa pula perlu perkhidmatan seperti ini? Ya. Perlu. Kerana apa yang aku alami ialah pembeli nekad tidak mahu membeli dengan penjual yang sombong. Tidak mahu senyum. Malah, ada
yang terlalu lambat untuk menuang air. Jadi, pembeli lari ke penjual lain.
Yang lebih pasti kerana air sama sahaja. Jadi, ia perlu ada di dalam etika berniaga. Cepat, mesra dan sedap. Jika korang mempunyai air balang lebih dari 5 bekas, maka perlulah mengupah pekerja untuk kerja bersama. Supaya layanan pantas dan pembeli tidak perlu tunggu lama.
Jangan bagi pembeli tunggu lama-lama. Antara hal yg menentukan kemenangan dalam persaingan ialah perkara tersebut. Menjaga hati pembeli dengan tidak menunggu lama. Hanya untuk mendapatkan secawan air.
Untuk pekerja yang tidak reti senyum, korang ajarlah senyuman. Bukan apa, aku pergi beli air, macam aku buat salah je. Jangan begitu, korang perlu pastikan sikap mesra membuatkan pembeli senang menerima air jualan.
Jangan berhenti menjual
Ini adalah masalah kepada penjual melayu terutamanya. Selalunya apabila sudah maju, sudah ada pembeli tetap. Penjual nak cuti lah, tutuplah. Jangan begitu, untuk berterusan berjaya
korang perlulah terus berniaga meskipun sudah ‘kaya’.
Jangan berniaga separuh jalan. Teruskan kerana pembeli akan setia membeli jika dapat memenangi tekak mereka.
Jadi, korang sudah tahu untungnya kerana air balang modal rendah. Jadi teruskanlah berniaga. Jika cuti pun pastikan korang memberitahu pembeli dengan pelbagai cara masa kini. Yang aku ingin korang ketahui ialah hari cuti jangan cuti. Mengapa? Kerana, pada hari cutilah lebih banyak pembeli yang akan membeli.
Berniagalah pada hari cuti seperti cuti am, cuti umum. Pasti korang akan mendapat lebih keuntungan dari biasa.
Panduan Memulakan Bisnes Air Balang
Bagi korang yg bersemangat kental dan dah bersedia menghadapi cabaran. Sila dapatkan rujukan di bawah..
Ebook ini ditulis oleh seorang otai penjual air balang. Amat handal orangnya dan berdasarkan pengalaman beliau menjalankan bisnes air balang sejak tahun 2008.
Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang beliau kongsikan. Merangkumi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta cara mengoperasikan bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.
Ebook ini hampir setebal 100 mukasurat yang padat dengan info-info ‘sebenar’ dari seorang “usahawan air balang tulen” yang menjalankan bisnes air balang sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta.
Ini bukanlah ebook “teori” atau ebook “resepi oleh chef” yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.
Penutup
Bagi korang yg sudah membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes air balang ini, sila baca lebih lanjut mengenai cara memulakan perniagaan air balang ini.
Ramai yg mencari apakah bisnes yg memerlukan modal yg kecil tetapi boleh memberikan keuntungan tinggi. Sudah tentu, salah satu daripada model bisnes tersebut adalah perniagaan air balang. Ketahui lebih lanjut di bisnes air balang modal kecil untung besar!
Air balang ni bukan boleh main bancuh saja. Kena tahu apakah resipi air balang paling laris. Baru jualan meledak!
Semakin hari, semakin ramai yg mulai membuka mata pada potensi bisnes air balang ini. Adakah korang pun sama? Kalau bagitu, elok baca sedikit panduan memulakan bisnes air balang ini.
Bagi yg masih berkira-kira dan belum yakin, sila baca potensi bisnes air balang. Korang pasti terkejut bila tahu seorang penjual air balang boleh buat RM550 untung bersih dalam sehari saja!
Masih mencari kekuatan diri untuk memulakan bisnes air balang ini? Kalau begitu, korang baca dulu pengalaman berniaga air balang ini. Semoga dapat inspirasi daripadanya..
Tahukah korang, tak semua jalan kita boleh jual air. Silap-silap, hanya dapat penat. Baca 9 teknik jual air balang di tepi jalan yg betul ni..
Pendapatan jual air balang sangat lumayan. Ini kerana modalnya yang sedikit. Tetapi hasilnya berlipat kali ganda. Meskipun masih ada risiko rugi..