Pendapatan Jual Air Balang

Pendapatan jual air balang sangat lumayan. Ini kerana modalnya yang sedikit. Tetapi hasilnya berlipat kali ganda. Meskipun masih ada risiko rugi dek kerana cuaca yang tidak menentu. Namun peluang untuk untung lebih banyak daripada kerugian.

Pendapatan Jual Air Balang

Adakah korang tahu pantang larang atau memang terus berniaga sahaja tanpa perlu mengambil tahu apa yang perlu dibuat, apa jadual menjual, air apa yang boleh dijual, air apa yang menjadi permintaan orang ramai, apakah hari yang bersesuaian, bolehkah menjual kembali air semalaman, berapakah susu yang digunakan, dan banyak lagi persoalan yang perlu korang tahu untuk menghasilkan pendapatan jual air balang yang menjadi sumber utama.

Atau, korang hanya menjual sebagai sementara saja. Jika sementara pun, sudah mencapai ribuan ringgit sebulan. Sayangnya untuk berhenti. Yang tular saat ini adalah teh ais, bandung ais, green tea, milo semestinya wajib, dan campuran boba. Ada juga permintaan yang wajib untuk air bergula seperti teh o limau, limau asam boi, cincau selasih dan banyak lagi air yang bergula tanpa boba juga menjadi permintaan orang ramai.

Korang boleh melihat dari segi kawasan, tempat strategi yang membolehkan korang menjual air balang dengan tepat. Maksudnya apakah korang mahu sentiasa orang membeli. Atau sekali sekala.

Itulah pentingnya kawasan untuk menjual pula. Apa yang perlu untuk memilih kawasan ialah, kawasan orang lalu lalang seperti ditepi jalan raya. Boleh juga di tepi kawasan taman permainan, taman rekreasi, dan tasik-tasik.

Andai kata tiada persaingan hebat, bolehlah menjual di tepi kawasan sekolah. Di waktu budak sekolah sudah balik, pasti mak-mak budak pun mahu membeli dek kerana panas terik waktu balik sekolah.

Selain itu, boleh juga menjual dikawasan seperti perumahan. Sekiranya korang duduk dikawasan perumahan, boleh juga menjual dan dapat dilihat ramai juga yang membeli. Tapi, pastikan air yang dijual sedikit luar biasa dan unik.

Rata-rata yang berniaga air balang menyatakan pendapatan jual air balang boleh mencapai RM4 ribu hingga RM7 ribu sebulan jika rajin. Antara faktor juga memainkan peranan dalam menentukan pendapatan jual air balang setiap hari.

Pendapatan jual air balang agak lumayan, namun haruslah rajin dan mengikut citarasa pembeli. Pendapatan jual air balang sebulan boleh mendapat sehingga RM3000 hingga RM4000 paling sedikit.

Yang pernah menjual paling rajin setiap hari, boleh mendapat RM7000 paling banyak dalam masa sebulan. Apakah faktor yang menentukan pendapatan jual air balang? Dan bagaimanakah ianya membantu? Mari kita ketahui lebih lanjut tentang pendapatan jual air balang.

1)JENIS AIR PERMINTAAN RAMAI

Perlu tahu air bagaimana yang akan menjadi permintaan. Ada juga jenis air yang pembeli suka dan tidak suka. Kemudian perlu tahu tentang air yang menggunakan susu atau gula, supaya tidak membazir.

2)KAWASAN AIR BALANG DIJUAL

Untuk mendapat pendapatan jual air balang yang lumayan, kawasan jual juga memainkan peranan untuk menentukan pendapatan jual air balang dalam tempoh sebulan. Kawasan hendaklah kawasan orang lalu lalang. Kawasan orang ramai. Dan kawasan yang orang akan penat seperti tempat beriadah, dan taman rekreasi.

3)HARGA BERBALOI

Mengenai harga perlulah penjual membuat kira-kira modal dan untung. Selepas modal dikira, barulah untung yang selebihnya. Harga pula perlu berbaloi dengan jenis air balang yang dijual. Jangan hanya air ‘o’ tetapi sampai secawan RM5, itu tidak boleh. Lari pembeli nanti. Yang biasa pada zaman ini secawan kecil RM2, RM3, dan RM5 untuk cawan yang besar dan berperisa susu.

4)JUALAN HARIAN

Selepas semua mengikut cara yang betul, mestilah korang perlu rajin menjual untuk mendapat pendapatan menjual air balang yang lumayan. Barulah nampak hasilnya. Hasil yang berbaloi dan lumayan.

Jual setiap hari di kawasan yang bersesuaian. Hari minggu lebih penting. Jangan pula cuti pada hari-hari cuti. Lebih-lebih lagi hari cuti am dan cuti umum. Jangan ikut bercuti pula. Menjual air balang ini perlu rajin dan usaha. Kecuali korang menjual di kawasan sekolah. Jadi artenatif lain pada cuti sekolah, korang menjual di kawasan lain.

5)ASINGKAN MODAL DAN UNTUNG

Inilah antara yang sukar untuk para penjual. Aku nak terangkan, inilah benda paling penting dalam perniagaan. Pengasingan. Perlu asingkan antara modal dan untung. Jangan campur dan modal perlu dipusingkan kembali. Jangan terusik. Jangan menggunakannya.

Belajar cara ABC, iaitu modal, untung simpan dan untung guna. Pasti setiap peniaga tahu. Jika korang baru tahu, boleh belajar tentang itu terlebih dahulu.

Inilah antara faktor supaya pendapatan jual air balang terhasil. Untuk mendapatkan buah hasil daripada titik peluh menjual air balang. Inilah antaranya. Perlu mengikut kaedah tersebut supaya pendapatan menjual air balang ini menjadi meletup dan wow, hasil yang lumayan.

Setiap yang dilakukan pasti kita merasa akan tidak sabar, gusar, gundah, malah ada juga yang ‘diganggu’. Sebelum berniaga pastikan korang bersedia untuk menghadapi semua cabaran dan yang paling penting ialah tekad dan nekad didalam diri ‘aku akan berjaya’.

Antara yang penting ialah jangan sesekali berputus asa, dan pengangan yang penting ialah adat di dalam perniagaan untung dan rugi. Kerana, pasti jika korang baru bermula. Untuk permulaan yang sangat baru dan perlu berhadapan dengan ramai saingan, jadi rugi itu mungkin terjadi.

Jadi untuk mencegahnya, korang bersedia dengan permulaan menjual dengan sedikit. Jangan sesekali menyerah kalah apabila korang telah memulakan sesuatu perniagaan, apatah lagi menjual air balang. Aku amat syorkan kerana ianya memerlukan modal yang sedikit tetapi hasil pendapatan yang lumayan.

Jadi ini amat aku tekankan bahawa untuk melihat pendapatan jual air balang yang melebihi 3 angka, usaha yang paling perlu. Jangan sesekali berhenti ditengah jalan. Sekiranya korang sudah melihat hasil pendapatan jual air balang, pasti korang akan tersenyum.

Bukan kerana itu sahaja, malah korang akan lebih usahakan sehinggakan berada di beberapa cawangan lain. Itu yang aku mahukan. Peniaga-peniaga seperti korang boleh meluaskan empayar. Untuk berniaga yang inginkan pendapatan bulanan.

Sebelum itu, korang perlu tahu yang korang mempunyai saingan, jadi jangan terus tutup periuk nasi saingan dan berpegang pada ayat ‘rezeki masing-￾masing’. Itu sangat tidak baik. Ada cara dan caranya ialah bertanya terlebih dahulu. Apakah boleh untuk berniaga disebelah atau dikawasan yang sama.

Pada aku, cari saingan yang tidak menjual benda yang sama. Jika jarak antara saingan penjual air balang perlulah jarak 4 atau 5 buah penjual yang berlainan.

Lebih padu air balang korang, lebih banyak cawangan yang boleh dibuka. Dan, lebih ramai pembeli akan menyebarkan sendiri air balang korang. Untuk pengiklanan tidak perlu gusar. Jika sedap dan berbaloi, pembeli akan berkongsi perkara tersebut. Dengan cara itu sahaja, mudah tular.

Dan mudah dalam jualan korang. Bukan sahaja memberikan korang berdisiplin, malah boleh mendidik agar menjadi usahawan yang berjaya.

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Bagi korang yg bersemangat kental dan dah bersedia menghadapi cabaran. Sila dapatkan rujukan di bawah..

Ebook ini ditulis oleh seorang otai penjual air balang. Amat handal orangnya dan berdasarkan pengalaman beliau menjalankan bisnes air balang sejak tahun 2008.

Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang beliau kongsikan. Merangkumi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta cara mengoperasikan bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

Rujukan Dan Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Ebook ini hampir setebal 100 mukasurat yang padat dengan info-info ‘sebenar’ dari seorang “usahawan air balang tulen” yang menjalankan bisnes air balang sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta.

Ini bukanlah ebook “teori” atau ebook “resepi oleh chef” yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.

Penutup

Bagi korang yg sudah membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes air balang ini, sila baca lebih lanjut mengenai cara memulakan perniagaan air balang ini.

Ramai yg mencari apakah bisnes yg memerlukan modal yg kecil tetapi boleh memberikan keuntungan tinggi. Sudah tentu, salah satu daripada model bisnes tersebut adalah perniagaan air balang. Ketahui lebih lanjut di bisnes air balang modal kecil untung besar!

Air balang ni bukan boleh main bancuh saja. Kena tahu apakah resipi air balang paling laris. Baru jualan meledak!

Semakin hari, semakin ramai yg mulai membuka mata pada potensi bisnes air balang ini. Adakah korang pun sama? Kalau bagitu, elok baca sedikit panduan memulakan bisnes air balang ini.

Bagi yg masih berkira-kira dan belum yakin, sila baca potensi bisnes air balang. Korang pasti terkejut bila tahu seorang penjual air balang boleh buat RM550 untung bersih dalam sehari saja!

Masih mencari kekuatan diri untuk memulakan bisnes air balang ini? Kalau begitu, korang baca dulu pengalaman berniaga air balang ini. Semoga dapat inspirasi daripadanya..

Tahukah korang, tak semua jalan kita boleh jual air. Silap-silap, hanya dapat penat. Baca 9 teknik jual air balang di tepi jalan yg betul ni..

Leave a Comment

error: Content is protected !!