Air Balang Pasar Malam

Air balang pasar malam mestilah lebih daripada tiga atau empat balang. Supaya kelihatan meriah dan menarik orang untuk membeli. Kerana banyak pilihan boleh dibuat. Saingan di pasar malam adalah sangat tinggi. Tetapi air balang di pasar malam adalah sangat laku. Jadi, mudah untuk mendapat keuntungan dengan menjual air balang di pasar malam.

Air Balang Pasar Malam

Mungkin air balang di pasar malam yang paling laris di antara air balang yang dijual ditempat lain. Air balang di pasar malam juga adalah satu tarikan. Setiap pengunjung yang datang pasti akan membeli air dipasar malam. Air balang pasar malam adalah yang paling mudah untuk dijual.

Air balang yg paling laris Pasar Malam

Air balang paling laris kerana setiap pembeli akan membeli air sama ada minum terus atau bungkus dibawa ke rumah. Memang sudah menjadi rutin pembeli untuk membeli air balang semasa berkunjung di pasar malam.

Setiap air yg dijual di pasar malam berlainan perisa membuatkan pilihan yg banyak dan menjadikan pembeli menjadi rambang mata. Menjual air balang di pasar malam juga boleh membuat sumber pendapatan kepada penjual sehinga ratusan ringgit hanya pada satu malam.

10 menu wajib air balang pasar malam

Ada 10 menu wajib yang perlu ada jika korang menjual air balang di pasar malam. Yang wajib tersebut ialah;

1)Milo
2)Sunquick
3)Anggur
4)Bandung Cincau
5)Teh
6)Teh Cincau
7)Limau Asam Boi
8)Greentea
9)Keladi
10)Tembikai

Ini adalah yang air balang yang wajib ada, cara bancuhan sama saja seperti membancuh air biasa namun, korang perlu cari kawasan pemborong yang lebih murah dan bandingkan harga semasa. Begitu juga cara bancuhan adalah cara tersendiri supaya menarik minat pembeli.

20 menu perisa tambahan air balang pasar malam

Selain itu, korang juga boleh menambah menu air balang yang berlainan sedikit daripada penjual lain. Ada lebih 20 resepi tambahan air balang untuk dijual di pasar malam yg boleh dijadikan pilihan:

1)Jagung
2)Lemon
3)Kelapa
4)Buah Naga
5)Nenas
6)Kopi
7)Strawberry
8)Mangga
9)Cendol
10)Ais Batu Campur
11)Tembikai Susu
12)Soda Bandung
13)Sarsi
14)Blackcurrent
15)Soya Lemak Manis
16)Laici Kang
17)Tembikai Laici
18)Air Mata Kucing
19)Air Teh Bunga
20)Air Soya Cincau

Ini adalah antaranya, jika korang mahu ikut resepi tersebut silakan. Namun, jika korang mahu olah atau ubah resepi bagi lebih sedap. Terpulang kepada korang. Ini yang dapat aku kongsikan.

Resepi bancuhan

Resepi bancuhan air balang untuk pasar malam adalah seperti berikut, namun korang boleh ubah jika mahukan rasa yang berlainan dan berbeza dari penjual lain.

Bancuhan bergula

Sekiranya bancuhan bergula, korang perlukan;

-Pengasingan air gula di dalam bekas lain.
-Setiap bancuhan air gula diletakkan dua atau tiga skop kedalam cawan plastik.
-Bancuhan dalam balang ialah, seperti bancuhan teh o bunga matahari.
-Teh o matahari
-Air
-Sedikit esen vanila

Bancuhan bersusu seperti teh ais cincau

-Teh serbuk (Royal)
-Susu full cream.
-Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
-Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
-Cincau.

Jika teh ais ini ada yang dijual susu full cream, itu adalah rahsia penjual. Korang jangan bancuh semasa pembeli sedang berada di hadapan, kerana mungkin akan menyebabkan pembeli rasa tertipu.

Boleh juga gunakan susu tin, namun ia akan kelainan rasa. Jika korang ikut rasa, full cream lebih sedap. Air balang untuk pasar malam kebanyakkannya menggunakan full cream dan tin susu hanya satu atau dua tin sahaja kuantitinya. Ada juga yang menggunakan gula dan susu tin, namun rasanya amat kurang sedap.

Bancuhan Resepi buah-buahan

Untuk buah-buahan pula cara bancuhan seperti;

-Kisar buah tersebut dengan sedikit air
-Ais 1 beg
-Kemudian tuangkan kesemua pati buah yang sudah di kisar ke dalam balang yang besar

Jika korang tidak menggunakan buah, boleh juga menggunakan pati seperti jagung, laici, dan banyak lagi pati air.

Air gula diletakkan berasingan hanya diletak apabila pembeli mahu membeli. Air balang boleh dijual ketika awal petang, apabila pasar malam bermula. Sepatutnya air balang sudah tersedia pada awal bukaan pasar malam. Jangan terlalu lewat untuk bisnes air balang korang dibuka.

Untuk penjual air balang di pasar malam, jam 3 atau 4 petang sudah patut dibuka dan tersedia untuk dijual. Aktiviti menjual air balang di pasar malam ialah sangat lumayan. Kerana modal sedikit. Namun, hasil pendapatan yang banyak. Angka kerugian juga tidak berisiko. Kerana air gula telah dibancuh secara berasingan. Dan ia sukar basi.

Sebagai penjual air balang di pasar malam, pasti korang lebih tahu apa yang lebih laku dan kurang laku. Jadi pembancuhan air boleh disukat atau boleh dilebihkan. Peluang untuk rugi adalah sangat sedikit.

Persaingan Bisnes air balang pasar malam

Bila disebut bersaing, bukan hanya air balang malah semua peniaga makanan dan minuman ada saingan. Namun, bukan sukar. Setiap penjual sudah mempunyai pembeli. Bukan seorang dua malah beratus orang mengunjungi pasar malam.

Tatkala itulah, air balang menjadi keutamaan dan pelengkap pasar malam. Pembeli akan membeli air balang meskipun banyak saingan. Setiap penjual air balang di pasar malam pasti dapat menjual dan untung. InsyaAllah..

Saingan yang utama ialah kuantiti jenis air balang. Kemudian yang menariknya ialah warna air tersebut. Sama ada unik, pekat, dan rasa yang sedap. Kedudukan atau tapak pasar malam juga memainkan peranan penting.

Bagaimana untuk memilih tapak jualan air balang yg betul di pasar malam? Jika boleh dan jika diberikan pilihan, korang perlu memilih tapak di kawasan tengah. Ini kerana air balang akan dibeli ketika di tengah jalan pasar malam.

Beri kelainan

Jika korang baru dalam perniagaan air balang. Dan memilih untuk berniaga di pasar malam, korang perlu membuat kelainan seperti menjual air bersama sampingan. Seperti jualan tambahan. Letakkan ‘tambahan’ seperti boba, cincau atau lain-lain. Pasti akan membuat pembeli menarik.

Malah korang boleh buat keunikan lain daripada yang lain seperti tambahan oreo, coklat dan sebagainya diatas sebagai toping dalam air. Jika air milo, boleh dibuat milo toping di atas dan harga tambahan sebanyak RM1 sahaja untuk satu sudu. Ia memadai. Ini idea aku berikan, kena bayar aku jika ia menjadi. Hehe.. Tidak mengapa, aku halalkan cadangan itu.

Kesimpulan

Akhir sekali bisnes air balang ini memang boleh menjana pendapatan yang lumayan berbanding yang lain. Risiko untuk rugi pun kurang. Jadi, ia adalah satu permulaan yang baik untuk berniaga.

Satu pengalaman yang boleh membuat peniaga gembira kerana jarang rugi. Malah lebih untung dari berniaga barangan lain. Diharap korang yang mencuba meniaga air balang di pasar malam akan teruskan perniagaan. Memang perniagaan tersebut akan banyak saingan. Namun korang mesti terus tabah meskipun saingan yang semakin meramai. Jangan risau, rezeki masing-masing.

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Bagi korang yg bersemangat kental dan dah bersedia menghadapi cabaran. Sila dapatkan rujukan di bawah..

Ebook ini ditulis oleh seorang otai penjual air balang. Amat handal orangnya dan berdasarkan pengalaman beliau menjalankan bisnes air balang sejak tahun 2008.

Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang beliau kongsikan. Merangkumi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta cara mengoperasikan bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

Rujukan Dan Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Ebook ini hampir setebal 100 mukasurat yang padat dengan info-info ‘sebenar’ dari seorang “usahawan air balang tulen” yang menjalankan bisnes air balang sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta.

Ini bukanlah ebook “teori” atau ebook “resepi oleh chef” yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.

Penutup

Bagi korang yg sudah membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes air balang ini, sila baca lebih lanjut mengenai cara memulakan perniagaan air balang ini.

Ramai yg mencari apakah bisnes yg memerlukan modal yg kecil tetapi boleh memberikan keuntungan tinggi. Sudah tentu, salah satu daripada model bisnes tersebut adalah perniagaan air balang. Ketahui lebih lanjut di bisnes air balang modal kecil untung besar!

Air balang ni bukan boleh main bancuh saja. Kena tahu apakah resipi air balang paling laris. Baru jualan meledak!

Semakin hari, semakin ramai yg mulai membuka mata pada potensi bisnes air balang ini. Adakah korang pun sama? Kalau bagitu, elok baca sedikit panduan memulakan bisnes air balang ini.

Bagi yg masih berkira-kira dan belum yakin, sila baca potensi bisnes air balang. Korang pasti terkejut bila tahu seorang penjual air balang boleh buat RM550 untung bersih dalam sehari saja!

Masih mencari kekuatan diri untuk memulakan bisnes air balang ini? Kalau begitu, korang baca dulu pengalaman berniaga air balang ini. Semoga dapat inspirasi daripadanya..

Tahukah korang, tak semua jalan kita boleh jual air. Silap-silap, hanya dapat penat. Baca 9 teknik jual air balang di tepi jalan yg betul ni..

Pendapatan jual air balang sangat lumayan. Ini kerana modalnya yang sedikit. Tetapi hasilnya berlipat kali ganda. Meskipun masih ada risiko rugi..

Air balang modal rendah kerana hanya memerlukan RM1,000 sahaja. Ini sudah cukup untuk mula berniaga air balang. Menarik bukan? Baca lagi..

Leave a Comment

error: Content is protected !!