Suntikan Typhoid Untuk Peniaga Air Balang

Suntikan typhoid untuk peniaga air balang amatlah perlu untuk mengawal penularan wabak typoid (Demam Kepialu) yang boleh merebak melalui makanan dan juga minuman. Dua perkara wajib yang perlu dilakukan oleh pengendali makanan dan minuman ialah Suntikan Typhoid dan Kursus Pengendalian Makanan.

Suntikan Typhoid Untuk Peniaga Air Balang

Akta makanan 1983 dan Akta Kawalan Penyakit 1988 telah mewajibkan bagi semua pengendali makanan dan termasuk peniaga air balang. Sudah tentu kita tidak mahu wabak ini menular di dalam negara kita dan berada dipersekitaran.

Oleh itu pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan berkenaan perlu mengambil Suntikan Typhoid ini untuk peniaga bagi memutuskan rantaian wabak berbahaya ini.

Bahayanya penyakit berjangkit

Semua sedia maklum Typhoid ini adalah merupakan sejenis wabak penyakit Demam kepialu iaitu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai ‘Salmonella typhi’. Bahayanya demam typhoid ini ialah ia boleh mengakibatkan bahagian usus pesakit yang dijangkiti pecah/bocor dan menyebabkan pendarahan berlaku.

Bakteria itu juga boleh masuk ke sistem darah dan menyebabkan berlaku komplikasi di organ-organ lain selain usus. Demam typhoid ini juga boleh membawa kepada kematian. Antara simptom bagi pesakit yang dijangkiti adalah demam panas yang berpanjangan, sakit kepala, sembelit, cirit birit, sakit badan/lemah/letih lesu, kurang selera makan, tidak sedarkan diri dan meracau, mata akan layu dan cengkung serta naik ruam di anggota badan.

Kebiasaannya, pembawa bakteria typhoid ini memang sukar dikesan dan tiada gejala yang menunjukkan demam typhoid. Bakteria typhoid ini terdapat di dalam darah, urin, najis pesakit dan juga najis pembawa penyakit. Pembawa akan mengeluarkan bakteria typhoid ini di dalam najis dan menjangkiti orang lain.

Betapa pentingnya suntikan Typhoid ini kerana ia dapat mencegah daripada berlakunya penularan kepada orang awam dan golongan/tempat yang berisiko tinggi.

Peniaga harus mengambil suntikan Typhoid

Suntikan typhoid untuk peniaga air balang adalah perlu. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Peniaga air balang harus mengambil suntikan Typhoid ini sekaligus dalam mematuhi garis panduan penyediaan makanan yang sebenar.

Kebiasaannya peniaga yang telah mengambil suntikan typhoid ini tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan kerana vaksin ini adalah selamat. Kesan kecil yang mungkin akan berlaku adalah pada sekitar bahagian yang disuntik. Bagi peniaga, untuk mendapatkan suntikan typhoid untuk peniaga air balang ini adalah mudah kerana ia boleh didapati di klinik kerajaan mahupun swasta.

Harga vaksin kurang RM100

Walaupun lingkungan harga bagi sekali vaksin itu adalah dalam anggaran RM45 – RM80 tetapi ia mampu bertahan sekitar 2 ke 3 tahun berbanding vaksin-vaksin yang lain. Cuma kini Klinik Kerajaan tidak lagi menyediakan vaksin untuk Typhoid ini. Klinik Swasta dan lain-lain farmasi perubatan sahaja menyediakan suntikan typoid untuk peniaga air balang.

Korang perlu ketahui bahawa Penyakit Typhoid atau dikenali dengan Demam Kepialu ini sangatlah merbahaya. Kerana ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat pada peringkat awal. 2 – 5 pembawa yang kronik boleh maut. Kerana bakteria yang berada atau wujud dalam saluran biliari badan mereka.

Suntikan Typhoid ini pula terdapat 2 jenis iaitu Ty21a (Vaksin hidup yang diberi melalui mulut) dan Vi (Vaksin subunit boleh suntik) . Keberkesanan vaksin ini selama 2 tahun kepada peniaga adalah bergantung kepada vaksin itu sendiri pada badan.

Kerana itulah suntikan typhoid ini agar korang tidak menjadi pembawa dan menjangkiti orang lain. Suntikan Typhoid ini akan merangsang sistem imunisasi badan seseorang bagi menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan bakteria typhoid ini.

Enggan mengambil suntikan

Ada juga segelintir peniaga air balang yang enggan mengambil suntikan typhoid ini kerana adanya sikap sambil lewa dan hanya mementingkan keuntungan semata tanpa memikirkan keselamatandan persekitaran yang sihat bersama. Korang sebagai peniaga perlulah peka dalam isu wabak typhoid ini yang mana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidaklah ambil langkah semborono sahaja.

Peniaga air balang terutamanya perlu menitik beratkan kesan yang bakal diterima sekiranya tidak mendapatkan Suntikan Typoid ini. Bukan peniaga sahaja, pekerja juga perlu mengambil suntikan ini.

Malah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa majikan tidak dibenarkan menggaji pekerja yang tidak menerima vaksin typoid ini. Ia telah termaktub di dalam Peraturan 11 Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Sekiranya pengendali makanan atau premis makanan ingkar mereka akan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.

Namun, pihak kementerian kesihatan sangat lega kerana tiada laporan berkenaan peniaga yang tidak mematuhi arahan. Suntikan typhoid untuk peniaga air balang amat penting. Untuk menjaga kesihatan pembeli juga.

Kesedaran mengambil suntikan typhoid untuk peniaga air balang

Ramai peniaga telah membuka mata semua bahawa Suntikan Typhoid untuk peniaga air balang telah wajar di ambil. Jangan sesekali memandang remeh tentang keperluan pengambilan Suntikan Typhoid ini kerana tanpa antibodi yang kuat untuk melawan bakteria ini ia ternyata berbahaya kepada tubuh badan korang.

Mungkin menjadi tanda tanya kepada peniaga, bagaimana pula situasi bagi peniaga air balang yang mempunyai alahan kepada ubat ubatan. Dalam isu begini peniaga perlulah mendapatkan nasihat daripada Doktor atau Penyelia Perubatan yang bertauliah tentang keadaan peniaga.

Doktor perlu mengeluarkan pengesahan bagi status kesihatan peniaga untuk mengukuhkan lagi kenyataan sekiranya diperiksa oleh pegawai pihak berkuasa ketika menjalankan perniagaan minuman berkenaan.

Ibu hamil boleh ke ambil suntikan typhoid untuk peniaga air balang

Sekiranya ada peniaga yang hamil juga perlu mendapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah. Namun begitu, peniaga air balang yang hamil tidaklah digalakkan untuk mendapatkan vaksin typhoid ini. Tiada bukti sahih yang menyatakan berbahaya untuk wanita yang hamil, cuma ia adalah langkah berjaga-jaga dan doktor perlu memastikan status kesihatan peniaga.

Suntikan typhoid tinggi pada musim tertentu

Untuk pengetahuan bersama, Suntikan Typhoid ini ada juga dalam bentuk pil tetapi klinik tidak menyimpan stok yang banyak dan sangatlah terhad. Ini bagi mengelakkan tarikh luput yang singkat. Justeru itu pemberian vaksin typhoid ini digalakkan dalam bentuk suntikan.

Permintaan untuk Suntikan Typhoid untuk peniaga air balang sangat lah tinggi berikutan ketika menjelangnya bulan Ramadhan. Dimana mereka terlibat secara langsung dengan bazar Ramadhan. Begitu juga pasar malam. Ini tidak asing lagi bagi kita semua dengan persekitaran yang sibuk, lalat berterbangan dan ada juga premis yang tidak menjaga kebersihan.

Faktor beginilah yang mengundang kecenderungan wabak typhoid ini untuk merebak. Sangatlah penting Suntikan Typhoid ini buat peniaga makanan dan minuman terutamanya air balang. Malah, Suntikan Typhoid ini sudah menjadi sinonim dikalangan peniaga makanan dan minuman. Ini lah yang kita perlu titik beratkan untuk kepentingan bersama. Keprihatinan dan kesejahteraan adalah milik bersama.

Kesimpulan

Kepada korang yang berniaga air balang atau apa jua jenis makanan lain, sila dapatkan suntikan typhoid. Jaga keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Bagi korang yg bersemangat kental dan dah bersedia menghadapi cabaran. Sila dapatkan rujukan di bawah..

Ebook ini ditulis oleh seorang otai penjual air balang. Amat handal orangnya dan berdasarkan pengalaman beliau menjalankan bisnes air balang sejak tahun 2008.

Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang beliau kongsikan. Merangkumi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta cara mengoperasikan bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

Rujukan Dan Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Ebook ini hampir setebal 100 mukasurat yang padat dengan info-info ‘sebenar’ dari seorang “usahawan air balang tulen” yang menjalankan bisnes air balang sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta.

Ini bukanlah ebook “teori” atau ebook “resepi oleh chef” yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.

Penutup

Bagi korang yg sudah membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes air balang ini, sila baca lebih lanjut mengenai cara memulakan perniagaan air balang ini.

Ramai yg mencari apakah bisnes yg memerlukan modal yg kecil tetapi boleh memberikan keuntungan tinggi. Sudah tentu, salah satu daripada model bisnes tersebut adalah perniagaan air balang. Ketahui lebih lanjut di bisnes air balang modal kecil untung besar!

Air balang ni bukan boleh main bancuh saja. Kena tahu apakah resipi air balang paling laris. Baru jualan meledak!

Semakin hari, semakin ramai yg mulai membuka mata pada potensi bisnes air balang ini. Adakah korang pun sama? Kalau bagitu, elok baca sedikit panduan memulakan bisnes air balang ini.

Bagi yg masih berkira-kira dan belum yakin, sila baca potensi bisnes air balang. Korang pasti terkejut bila tahu seorang penjual air balang boleh buat RM550 untung bersih dalam sehari saja!

Masih mencari kekuatan diri untuk memulakan bisnes air balang ini? Kalau begitu, korang baca dulu pengalaman berniaga air balang ini. Semoga dapat inspirasi daripadanya..

Tahukah korang, tak semua jalan kita boleh jual air. Silap-silap, hanya dapat penat. Baca 9 teknik jual air balang di tepi jalan yg betul ni..

Pendapatan jual air balang sangat lumayan. Ini kerana modalnya yang sedikit. Tetapi hasilnya berlipat kali ganda. Meskipun masih ada risiko rugi..

Air balang modal rendah kerana hanya memerlukan RM1,000 sahaja. Ini sudah cukup untuk mula berniaga air balang. Menarik bukan? Baca lagi..

Mungkin air balang pasar malam yang paling laris di antara air balang yang dijual ditempat lain. Korang berminat memulakan bisnes air balang? Baca dulu..

Leave a Comment

error: Content is protected !!