Strategi Jual Air Balang Di Kawasan Sekolah

Air balang ialah jualan yang paling laku dan laris. Modal yang kecil namun keuntungan yang besar. Tidak berisiko untuk rugi besar. Dan tidak juga bersusah payah dalam menguruskan urusan menyediakannya. Hanya bancuh sahaja dan kemudian membersihkan balang air. Itu sahaja. Mudah dalam pengurusan dan mudah dalam jualan. Sama ada cawan plastik atau beg plastik boleh disediakan. Apakah antara strategi jual air balang di kawasan sekolah?

Strategi Jual Air Balang Di Kawasan Sekolah

Setiap jualan pula mempunyai strategi tersendiri. Disini aku memberikan beberapa strategi untuk jual air balang dikawasan sekolah. Ianya sedikit penting dan dapat menambah ilmu untuk korang mulakan perniagaan air balang dikawasan sekolah. Manfaatkan ilmu strategi jual air balang di kawasan sekolah supaya menjadi sumber pendapatan yang utama. Dan modal juga kecil tetapi hasil yang lumayan.

Ramai pengunjung

Yang penting ialah korang perlu tahu tempat yang ramai orang berkunjung. Tempat panas menunggu, dimana. Di kawasan persekolahan. Strategi jual air balang di kawasan sekolah boleh berada dikawasan yang ramai orang menunggu budak sekolah. Dan begitu, waktu bersesuaian ialah waktu pulang sekolah.

Boleh membancuh air balang pelbagai perisa, untuk pilihan ibubapa juga serta anak-anak mereka. Penat menunggu seharian dan melihat air balang korang yang berisi ais, pasti ia merupakan strategi jual air balang di kawasan sekolah yang paling hebat sekali.

Risiko kawasan larangan berniaga

Namun begitu, walaupun pelbagai strategi jual air balang di kawasan sekolah telah dilakukan, masih ada risiko yang perlu korang hadapi. Iaitu, ianya adalah kawasan terlarang. Jadi, strategi jual air balang di kawasan sekolah yang korang perlu tahu ialah memilih tapak menjual air balang dikawasan sekolah dengan betul. Pilih kawasan yang dibenarkan, dan sebaiknya kawasan yang mempunyai peniaga lain juga.

Mengapa perlu berdekatan dengan peniaga lain. Ini kerana jika ada peniaga lain,itu pasti kawasan yang dibenarkan berniaga. Korang pasti tidak mahu diganggu semasa sedang berniaga. Jadi itu perkara yang kita kena tahu dan strategi yang paling penting.

Air balang paling laku

Strategi jual air balang di kawasan sekolah yang seterusnya ialah menjual air balang yang diminati semua pihak. Yang berkemungkinan tidak ada yang tidak suka akan air tersebut. Seperti air milo, sirap, dan juga air berkarbonat. Jadi, sekiranya korang memilih untuk menjual air yang menjadi permintaan yang tinggi.

Pasti tidak ditolak, malah menjadi keutamaan dan berkemungkinan boleh menjadi perkara yang wajib untuk pembeli membeli. Adakala, pembeli sukakan kelainan namun ada juga pembeli yang setia membeli dengan satu air sahaja setiap hari. Jadi, pada pendapat aku, elakkan menukar perisa.

Pastikan setiap hari air yang sama ada untuk pilihan pembeli. Korang pastikan rasa yang pembeli beli hari ini adalah sama untuk esok hari rasanya. Ini kerana rasa yang sedap akan membuatkan pembeli datang esok hari untuk membeli air yang sama kerana sudah jatuh hati dengan rasa air tersebut. Meskipun hanya milo, namun jika ia sedap, pasti pembeli akan ulang membeli.

Jual murah

Strategi jual air balang di kawasan sekolah seterusnya ialah jual air murah-murah. Oleh kerana korang menjual di kawasan persekolahan, jadi budak sekolah, mestilah tidak banyak duit belanja. Saki baki duit belanja saja yang akan digunakan untuk membeli air balang korang.

Untuk anggaran jualan air balang di kawasan sekolah. Aku cadangkan sedikit harga untuk jualan korang.

Plastik singlet – 0.50 Sen
Plastik cawan kecil – RM1

Hanya ini sahaja sudah mencukupi untuk korang berniaga di kawasan sekolah. Ini kerana mereka boleh memilih sama ada mahu beg plastik singlet atau cawan plastik supaya semua merasa untuk membeli. Untuk ibubapa pula pasti mereka memilih RM1 sebagai air minuman, plastik singlet untuk budak yang mahu berjimat ataupun yang memang tidak ada saki baki belanja yg banyak.

Jadi, jika mereka ingin membeli air balang jualan korang, pasati mereka akan simpan 0.50 sen untuk membeli. Mengapa harga memainkan peranan penting? Kenapa perlu menjual murah? Untuk menjawab soalan sebegini, aku ingin korang tahu apakah strategi yang penting.

Strategi yang penting ialah harga murah untuk menambat hati pembeli. Modal pun boleh mendatangkan keuntungan dan harga jualan adalah yang paling murah. Keuntungan untuk setiap satu jualan mendapat 50-60 sen untuk satu jualan.

Selitkan jualan lain seperti mineral dan gula-gula atau jajan

Apabila sudah menjual air balang, korang juga boleh menyelitkan jualan lain. Ini juga antara strategi menjual di kawasan sekolah. Antara barang jualan yang boleh korang selitkan seperti air mineral kecil, jajan seperti keropok pek kecil, gula-gula, dan kekacang yang dijual dalam pek kecil- kecil. Mengapa tidak boleh menjual yang pek besar?

Bukan tidak boleh, namun pek kecil lebih murah dan boleh dimakan dalam masa yang singkat. Itulah yang korang sebagai penjual mahukan. Pembeli sentiasa datang hari-hari.

Kesesuaian kawasan jualan supaya selamat untuk budak sekolah membeli

Strategi jual air balang di kawasan sekolah yang terakhir yang diharap dapat membantu jualan korang ialah tempat jualan korang mestilah kawasan yang selamat untuk budak-budak singgah membeli. Pastikan bukan di berhampiran tepi jalan raya dan bukan juga di berdekatan kawasan longkang dalam.

Ini kerana apabila korang menjual di kawasan sekolah, pasti budak-budak akan berkerumun untuk membeli. Kejadian tolak menolak mungkin akan terjadi, dan pasti perkara yang tidak diingini ingin korang elakkan. Sebelum menjaja di kawasan persekolahan, pastikan kawasan yang dipilih sesuai untuk budak-budak berkumpul dan ruang untuk beratur pun ada. Jadi, tidak akan terjadi perkara seperti budak- budak berebut dan jatuh ketika mahu membeli.

Disiplin modal dan untung

Strategi untuk menjual di kawasan sekolah amat diperlukan, supaya hasil jualan lumayan. Apa yang perlu dilakukan selain mengetahui strategi, ialah cara menjual dan disiplin dalam mengasingkan untung dan modal. Setiap jualan yang berhasil, pasti akan ada keuntungan, dan modal yang perlu korang asing dan gunakan untuk pusingan modal seterusnya.

Setiap penjual juga perlu memahami apa strategi yang penting untuk jualan. Apa pula pantang larang yang perlu diketahui. Malah, kegemaran para pembeli pun perlu korang ketahui. Sama ada peringkat umur budak, ataupun dewasa. Semoga bermanfaat ilmu-ilmu yang korang dapatkan daripada perkongsian aku.

Kesimpulan

Diharap korang berjaya dan teruskan jualan air balang dikawasan sekolah. Pada musim cuti sekolah korang boleh mencari tapak di taman permainan dan tempat beriadah. Pasti ramai yang merindui jualan korang jika ianya menepati cita rasa pembeli. Korang perlu bersabar dalam menguruskan jualan seharian.

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Bagi korang yg bersemangat kental dan dah bersedia menghadapi cabaran. Sila dapatkan rujukan di bawah..

Ebook ini ditulis oleh seorang otai penjual air balang. Amat handal orangnya dan berdasarkan pengalaman beliau menjalankan bisnes air balang sejak tahun 2008.

Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang beliau kongsikan. Merangkumi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta cara mengoperasikan bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

Rujukan Dan Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Ebook ini hampir setebal 100 mukasurat yang padat dengan info-info ‘sebenar’ dari seorang “usahawan air balang tulen” yang menjalankan bisnes air balang sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta.

Ini bukanlah ebook “teori” atau ebook “resepi oleh chef” yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.

Penutup

Bagi korang yg sudah membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes air balang ini, sila baca lebih lanjut mengenai cara memulakan perniagaan air balang ini.

Ramai yg mencari apakah bisnes yg memerlukan modal yg kecil tetapi boleh memberikan keuntungan tinggi. Sudah tentu, salah satu daripada model bisnes tersebut adalah perniagaan air balang. Ketahui lebih lanjut di bisnes air balang modal kecil untung besar!

Air balang ni bukan boleh main bancuh saja. Kena tahu apakah resipi air balang paling laris. Baru jualan meledak!

Semakin hari, semakin ramai yg mulai membuka mata pada potensi bisnes air balang ini. Adakah korang pun sama? Kalau bagitu, elok baca sedikit panduan memulakan bisnes air balang ini.

Bagi yg masih berkira-kira dan belum yakin, sila baca potensi bisnes air balang. Korang pasti terkejut bila tahu seorang penjual air balang boleh buat RM550 untung bersih dalam sehari saja!

Masih mencari kekuatan diri untuk memulakan bisnes air balang ini? Kalau begitu, korang baca dulu pengalaman berniaga air balang ini. Semoga dapat inspirasi daripadanya..

Tahukah korang, tak semua jalan kita boleh jual air. Silap-silap, hanya dapat penat. Baca 9 teknik jual air balang di tepi jalan yg betul ni..

Pendapatan jual air balang sangat lumayan. Ini kerana modalnya yang sedikit. Tetapi hasilnya berlipat kali ganda. Meskipun masih ada risiko rugi..

Air balang modal rendah kerana hanya memerlukan RM1,000 sahaja. Ini sudah cukup untuk mula berniaga air balang. Menarik bukan? Baca lagi..

Mungkin air balang pasar malam yang paling laris di antara air balang yang dijual ditempat lain. Korang berminat memulakan bisnes air balang? Baca dulu..

Suntikan typhoid untuk peniaga air balang amat perlu utk mengawal penularan wabak typoid (Demam Kepialu) yg merebak melalui makanan & minuman.

Leave a Comment

error: Content is protected !!